Di Sana : tempat tujuan kita yang kekal abadi
Kalau kat sini, kesepian boleh diubati dengan hiburan, tv, bahan bacaan, sms, internet, spa, disko, shopping complex, playground, playboy, playgirl, kasanova, social escort, dunia dan seisi yang ada kat dalamnya.
Pelbagai pilihan, yang baik, yang buruk, yang sedang-sedang, yang boleh dibuat kawan, boleh dibuat bergaduh, boleh dibuat musuh, boleh dijadikan modal meraih untung, meraih simpati, meraih belas insani.
Kat sini, pelbagai (1/99) boleh didapati & diperolehi. Bahkan dengan cara yang kotor pun kita mampu memiliki: ijazah palsu, tauliah, pool-election, projek, tender, kontrak, kuasa, pangkat, harta, kedudukan, ; semuanya boleh diperolehi secara kemunafiqan dan talam dua juta muka dan rupa.
Aspek persahabatan jangan cakap la... So jangan marah jika kita ada kawan yang suka menyepi dan mendiamkan diri.
Alangkah susah mendapat kawan
bukan kenalan di zaman ini
berpunca dari hati yang rosak
kerana dunia memautnya
Alangkah susah mencari kawan
kebaikan kita disoroknya
bahkan didengkinya pula
kejahatan dicanang melata
Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai
Kerana kawan tiada lagi
yang ada hanyalah di jalanan
Kat sana pulak, semua kena tanggung sendiri. Masuk lahad dah sorang diri, takda hiburan. kalau bernasib baik, duk dalam taman abadi, tidur bak pengantin baru. kalau nasib tak baik, yang dah sedia sempit jadi sempit sampai berlaga tulang rusuk. dahla takda air, nak tidur pun payah.
Masuk la pulak fasa kedua; mengadap HAKIM yang BESAR. semua diambil kira. tiada fakta perundangan, peguamcara dan peguambela, saksi dari kalangan kawan mahupun lawan, takda siapa la nak tolong (pendek katanya). semua kena tanggung sendiri.
Bila aku kesunyian, kekadang aku terfikir, lebih baik aku terus rasa sepi kat sini. sambil-sambil tu aku boleh juga isi dengan persediaan sebab nak berjalan jauh. singgah kat sini pun kejap jer... cukup masa dan tempoh yang diberi, aku kena teruskan perjalanan. samada TERPAKSA atau SUKARELA, kita akan sama-sama ke SANA.
Nun di SANA cita-cita kita
ya Akhirat namanya
di dunia ini bukan tempat tinggal
di SINI hanya sebentar tidak kekal
...
Biar susah sedikit kerana Allah
untuk menghindar kesusahan yang BESAR
yang tidak sanggup ditanggung badan
ambillah iktibar kalau mahu sedar
di SANA tiada taulan yang membela
amal ibadah itulah pembela kita
ayuh bersegeralah membuat kebajikan
jangan dilalaikan oleh Nafsu dan Syaitan
Pangkat dan Harta tidak akan kekal
bahkan apa yang ada akan ditinggal
hidup di dunia hanya sementara
buatlah persiapan untuk ke SANA
...
pasti bila-bila masa boleh tiba
jangan sampai kita tidak bersedia
______________________________
WAHAI TUHANKU... JADIKANLAH AKU DARI KALANGAN MEREKA YANG SEDIKIT (iaitu yang mengabdikan diri kepada-Mu, yang mensyukuri nikmat-Mu, yang takutkan azab akhirat-Mu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan