14 Mei 2010

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru 2010

saat ini aku dah bertahun duk di rantauan. walaupun mendapat kerja hanya menggunakan SPM sahaja, namun aku tetap berbangga masih memiliki ibu tercinta nun jauh di sana.

benarlah kata orang; sejahat mana pun ibu, syurga (anak-anaknya) tetap di bawah telapak kaki ibu. sedih benar hari ini bilamana banyak masalah sosial yang melanda terutama yang melibatkan ibu dan anak-anak. kalau ianya tak dilakukan oleh si ibu, si anak yang melakukannya.

sejak 1999 aku telah meninggalkan alam persekolahan.

1. 1987-1993 (SK Lambir Village)
2. 1994 (SK kg Bakam)
3. 1995-1999 (SMKA Piasau [sekarang Tukau] Miri)

kenangan zaman persekolahan kekadang amat mengusik jiwa dan menyentuh naluri.

aku bersyukur kerana masih dapat bersua dengan Ust. Khairol Azman yang pernah mengajarku di Tingkatan 1 dulu. sedih kerana sebaik sahaja aku mendapat panggilan bekerja, guru al-Quran aku; ust. Mahasan Ibrahim kembali ke rahmatullah. ustaz Juanda pula yang pernah menaqibkan usrah di SMKA juga kini di Perlis sebagai mufti...

jasa kalian sukar dibalas, dibayar apatah lagi digantikan sekalipun dicagar dengan dunia dan seisinya. buat ibu, ibu-ibu dan bekas2 guruku;

semoga Allah merahmati kehidupan kalian.

Tiada ulasan:

Rilex...