28 November 2010

masa yang berlalu... kisah kasih yang bertamu...

2010 banyak meninggalkan kenangan yang bagiku amat sukar dan payah untuk dilalui. apatah lagi jika ingin diingat kembali; tentunya amat menyakitkan hati.

biarlah ianya berlalu untuk pengajaran diriku. segalanya tentang kuasa, cinta, wang, kesempatan, kepalsuan, keresahan, menanggung kesilapan yang dicipta orang lain, menagih sesuatu yang belum pasti, menginginkan sesuatu yang tidak boleh dijangka; mewarnai 2010 aku kali ini.

keikhlasan semakin terhakis! sebaliknya kepuraan semakin menguasai. kisah kasih yang amat memilukan hati mereka yang jarang mahu mengatakan tidak/tiada ke atas "kesusahan" orang di sekelilingnya. demikan lah juga dengan diriku.

2010 juga menyaksikan fitnah yang indah, kerugian yang mencecah ribuan, keegoan manusia yang berpangkat besar, dan pelbagai karenah kemanusiaan lain yang di luar keindahan kehidupan manusia yang sepatutnya bergelar manusia.

Lebih menghairankan lagi: lantaran ketaksuban ke atas politik, sehingga sanggup untuk menidakkan teguran dan nasihat walaupun dari orang yang lebih berilmu dari dirinya. Ada pulak yang hidupnya bukan mau memikirkan kesusahan orang lain mencari rezeki, tanggung keluarga. Janji apa yang dihajati dapat ditunaikan; semacam kita nie bekerja untuk orang lain, bukan untuk diri dan keluarga sendiri. Perasaan malu kini telah tiada di hati insan; saban hari saban terhakis.

Keasyikan mengejar duniawi adakalanya menghadirkan gelisah yang tidak berkesudah. apa tidaknya tatkala keberkatan dan kenikmatan hidup telah hilang dari deria nur Illahi (qalb), segalanya menjadi semacam tidak keruan.

semoga Hijrah 1432 ini (yang menyaksikan genaplah usiaku 30 hijri) mengajarku agar menjadi insan yang lebih berhati-hati, lebih penyabar dan menguasai mahmudah kecintaan Illahi dan Nabiy.


Salam Hijrah
update: maghrib 1 Disember 2010
Cheras Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Rilex...