28 Julai 2008

Syukurku PadaMu Illahi

dugaan dan rintangan yang ku lalui
tidak lain dan tidak bukan
merupakan suatu ketetepan Illahi
ku syukuri-Nya
kerana yakin Dia masih lagi menyayangi aku
masih lagi mahu memberi peluang kepadaku
segala hikmah yang tersirat
sewajibnya aku ambil berat
lantaran dosa silam
mengimbau nostalgia hitam
bakal meragut Iman

aku tahu
segala apa yang aku lalui kini
harus ku tempuhi dengan sendiri
mengenangkan saat kematian
kita kan tetap keseorangan
kawan bukanlah pergantungan
kerana hipokrit meluas terbentang
tanyalah pada diri
ada ke kawan yang sudi
mahu susah senang bersama
sedang suami isteri pun
aku, aku - engkau, engkau

kepada yang memahami
hayat ini bukanlah lagi untuk dibanggai
bahkan aku tak layak menduduki fana ini
hanya mengharap Hidayah-Mu Rabbi

maafkanlah diri ini
halalkanlah segala nya
andai ajal ku mendahului kalian


Musafir Kenangan
2008

Tiada ulasan:

Rilex...