15 Mei 2012

Lilin Seorang guru

SELAMAT HARI GURU 2012

Tahun nie genaplah 12 tahun aku meninggalkan alam persekolahan selepas Peperiksaan SPM 1999. SMKAM, SK Bakam & SK Lambir Village juga menyaksikan pelbagai perubahan selaras dengan arus pembangunan dan transformasi pendidikan.

Pun demikian, jasa guru pastinya tidak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Selaku ibu dan bapa kedua di sekolah; mengenalkan aku 3M, mendedahkan kepadaku pengalaman dalam memimpin pelajar, pengenalan ringkas tentang ICT, imbangan ilmu dunia dan akhirat menjadikan aku ialah aku pada hari ini. Walaupun aku tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree, namun aku amat-amat bersyukur kerana banyak belajar dari pengalaman.

Kerana pengalaman itu adalah guru yang paling agung dalam kehidupan; yang dipandu oleh ilmu dan pendidikan. Pun demikian, segala kekurangan aku pada hari ini bukanlah disebabkan oleh tunjuk ajar guru; bahkan sebagai manusia aku telah diajar untuk membuat pilihan. Justeru muhasabah diri menjadi pemangkin penerus kehidupan di bumi yang fana ini.

Sempena Hari Guru 2012 aku mengambil kesempatan mengucapkan ucapan ini khas buat semua guru-guru yang pernah mendidik aku di SMKAM, SK Bakam dan SK Lambir Village. Tidak lupa juga kepada pendidik di TABIKA KEMAS Lambir, para lecture & pensyarah di CYBERNETICS dan UMCCeD yang telah sudi berkongsi ilmu, diskusi isu-isu semasa dan, ah! Segala-galanya lah yang mustahil untuk aku membalas budi mereka.

Barakallahu lakum fid dunya wal akhirah!

13 Mac 2012

8 Airport Paling bahaya di dunia

8 Airport Paling bahaya di dunia
Oleh: HALIMISLAM

"
Dalam kehidupan seharian yang serba canggih sekarang ini, lapangan terbang boleh jadi tempat yang paling sibuk di dunia. Setiap minit pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang berbeza di seluruh dunia. Ada banyak lapangan terbang di mana para-para juruterbang merasa selamat saat sampai di sana. Namun, tidak semua lapangan terbang menjadi tujuan yang menyenangkan bagi juruterbang, berikut ada beberapa banda yang merupakan mimpi buruk bagi mereka.

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

Lokasi: Osaka, Jepun
Tahun Dibina: 1994

Lapangan terbang antarabangsa Kansai dibina di atas sebuah pulau buatan dengan panjang 2.5 batu dan lebar 1,6 batu. Daerah ini cukup besar sehingga dapat dilihat dari angkasa. Pelancong dari lapangan terbang boleh pergi ke bandar utama dengan kereta, atau feri dengan kelajuan tinggi.

Stewart Schreckengast yang adalah seorang profesor teknologi penerbangan di Purdue University dan bekas perunding penerbangan MITRE, mengatakan bahawa lapangan terbang ini mungkin akan berada di bawah air dalam 50 tahun atau lebih kerana perubahan iklim dan kenaikan paras air laut akibat pemanasan global.
2. Lapangan Terbang Madeira
Lokasi: Santa Cruz, Portugal
Tahun Dibina: 1964

Madeira Airport adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa. Lapangan terbang ini pernah terkenal dengan landasan pacu pendek yang dikelilingi oleh pergunungan tinggi dan laut yang membuat pendaratan sukar hanya untuk juruterbang berpengalaman. Landasan yang asli hanya 1,400 meter, namun kemudian dilanjutkan 400 meter.

Panjang landasan diperbaharui dua kali pada tahun 2003 hingga di atas lautan. Kerana dibina menggunakan sampah, panjangnya dibina di atas 180 tiang yang tingginya dalam 70m.

3. Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin
Lokasi: Saba, Belanda
Tahun Dibina: 1963

Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin adalah satu-satunya lapangan terbang di pulau Caribbean, Saba, di Antiles Belanda. Lapangan terbang ini mencangkupi seluruh lokasi di pulau kecil ini. Terlepas dari kenyataan bahawa belum ada tragedi besar yang pernah berlaku di sini. Beberapa ahli masi menganggap bahawa ini adalah salah satu lapangan terbang yang paling berbahaya di dunia.

Yang membuat lapangan terbang ini berbahaya adalah bahawa kedua-dua hujung landasan pacu tersebut ditahan oleh tebing yang akhirnya terus ke laut sementara satu sisinya ditutupi dengan bukit-bukit tinggi. Ini berkemungkinan pesawat yang terbang untuk overshoot berakhir di tebing laut.

 4. Landasan Terbang Es
 Lokasi: Pulau Ross, Antartika
Tahun Dibina: Tak dapat dikesan

Landasan terbang ES adalah salah satu daripada tiga landasan utama yang digunakan untuk mengangkut barang ke antartika. Tidak ada landasan berturap di sini. Semua pesawat harus mendarat di sepanjang ais dan salji. Pendaratan harus dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Salah satu cabaran yang juruterbang akan hadapi adalah untuk mengarahkan pesawat ke bahagian tanah agar pesawat tidak terjebak ke dalam salji.

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana
 
 Lokasi: Saint Maarten, Caribbean Timur
Tahun Dibina: 1942

Lapangan Terbang Princess Juliana adalah lapangan terbang tersibuk kedua di Caribbean Timur. Lapangan terbang ini dinamakan Juliana dari Belanda, seorang putrimahkota yang telah mendarat di sini tahun 1944.

Lapangan terbang ini memiliki landasan yang sangat pendek, kira-kira 2.180 meter yang membuatkannya ia menjadi sangat terkenal. Kerana pendeknya landasan ini, pesawat terpaksa menghampiri pulau dengan membuat penerbangan yang sangat rendah. Pelbagai gambar-gambar kapal terbang yang terbang di atas 10-20 meter atau 30-60 kaki di atas pulau ini difikirkan ia adalah palsu tetapi ia adalah benar sama sekali.

6. Lapangan Terbang Courchevel
 Chourchevel adalah nama daerah salji terbesar di Perancis. Daerah ini mempunyai lapangan terbang dengan landasan pacu yang sangat pendek sehingga juruterbang perlu mendarat di sebuah strip pelambat dan lepas landas di jalur penolak untuk mendapatkan kelajuan yang cukup. Hanya pesawat peribadi atau charter dan helikopter dibenarkan mendarat.

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Barra
Lokasi: Barra, Scotland
Tahun Dibina: 1975

Lapangan Terbang Barra adalah satu-satunya lapangan terbang di dunia di mana pesawat perlu mendarat di pantai. Lapangan terbang ini terletak di pantai di Pulau Barra, Scotland yang sangat luas.

8. Lapangan Terbang Lukla
Lokasi: Nepal
Tahun berdiri: Tida dapar dikesan

Lapangan Terbang Lukla adalah lapangan terbang terkecil di Kota Lukla di Nepal Timur. Lapangan terbang ini terletak pada ketinggian 2.900 meter dan cukup popular kerana mempunyai gunung yang sangat besar di satu sisinya dan 1000 meter turunan di sisi lain. Pada tahun 2008, nama lapangan terbang ini diubah demi menghormati Sir Edmund Hillary yang merupakan orang pertama yang mencapai puncak Gunung Everest.


**Sila lawati blog  Halimislam Online!

12 Mac 2012

Mingguan Malaysia 11 Mac 2012

Penyakit rosakkan bangsa

ALAF ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.

Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.

Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.

Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.

Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.

MINGGUAN: Kenapa memilih golongan yang mengamal gaya hidup songsang sebagai subjek kajian dan kepakaran kaunseling saudara?

HUSHIM: Sebagai kaunselor saya terfikir apa nak jadi dengan bangsa dan kaum Melayu ini. Saya tengok makin hari makin bertambah. Malah sebelum gerakan LGBT nak dilancarkan saya sudah diberitahu oleh lelaki-lelaki gay dan biseksual, bahawa mereka akan menubuhkan persatuan bagi mendesak kerajaan.

Mereka nak kerajaan iktiraf kehidupan songsang, maknanya perkahwinan sejenis dibolehkan. Sebab itu apabila LGBT dilancarkan pada tahun lepas saya tidak hairan kerana sebagai kaunselor saya dah tahu lebih awal. Tapi mungkin kerana saya ini cuma orang biasa, maklumat itu hanya berada dalam ruang lingkup saya.

Sebagai seorang kaunselor, bapa dan individu muslim saya bertanggungjawab untuk bercakap kerana penyakit ini telah mula merosakkan bangsa kita. Amalan songsang ini dilaknat Allah dan penyebab paling cepat untuk kita diturunkan bala. Mungkin sesetengah pihak menganggap perkara ini sengaja digembar-gemburkan tetapi saya bercakap demi bangsa dan agama tanpa sebarang kepentingan peribadi.

Gaya hidup LGBT selalu dikaitkan dengan sekolah berasrama sebagai titik permulaan kepada kehidupan songsang mereka, adakah dakwaan itu benar?

HUSHIM: Berdasarkan kes yang saya kendalikan memang benar sekolah berasrama merupakan permulaan kepada penularan budaya songsang tetapi sekolah pondok dan agama juga tidak terkecuali. Mungkin ramai yang marah dengan kenyataan saya tetapi melihat kepada masalah LGBT pada hari ini, kita perlu jujur.

Kalau ibu bapa hari ini merasakan mempunyai anak lelaki lebih selamat berbanding anak perempuan, ia meleset sama sekali. Kebarangkalian anak-anak lelaki hari ini terjebak ke dalam kancah gaya hidup songsang sangat tinggi jika kita tidak peka dengan perubahan sikap anak-anak.

Perlukah dihapuskan sekolah berasrama satu jantina?

HUSHIM: Tidak perlu hapuskan, cuma kita perlu perbanyakkan program berbentuk kesedaran kepada pelajar tentang bahaya LGBT. Sebab di Malaysia, hendak bercakap benda macam ini, kita biasanya malu. Ibu bapa malu nak cakap perkara ini dengan anak, cikgu dalam kelas pun malu nak bercakap.

Satu lagi minta maaflah, kita ini terlalu banyak sangat letak bawah karpet. Kalau sekolah itu berlaku kes melibatkan isu LGBT, pengetua cuba tutup. Cakap tiada apa yang berlaku, sekolah ini okey, tetapi di luar sana orang sudah bercakap, meleleh bernanah sudah orang bercakap.

Apa punca yang menyebabkan LGBT ini menular dan apakah golongan ini boleh dilabel sebagai orang berpenyakit?

HUSHIM: Minta maaf cakap kerana dari pengalaman saya mengendalikan kes, orang agama sendiri terlibat sebagai gay. Mereka ini golongan split identity, maknanya sebelah pagi dia boleh jadi imam kemudian tengah hari meliwat orang. Pengetahuan agama tidak cukup jika tiada iman, sebaliknya kelebihan ilmu agama itu diguna untuk mengaburi mata orang ramai.

Amalan dilaknat ini berlaku kerana tabiat. Mereka yang terjebak seronok dengan kenikmatan luar tabie berbanding hubungan seks dengan isteri. Sebab itu Allah melarang dalam al-Quran kerana apabila seseorang sudah terjebak, gay dan biseksual ini umpama ketagih dadah. Mereka menjadi ketagih walaupun sudah beristeri.

Dari segi ilmu kaunseling memang benar orang yang terlibat dengan budaya LGBT adalah orang sakit. Mereka sebenarnya sakit jiwa walaupun dikurnia mental yang bijak. Kalau jati diri kita tetap, tarikan pada jantina berbeza tetapi orang macam ini tidak. Gay ini pula terbahagi kepada tiga golongan iaitu homoseksual, heteroseksual dan biseksual.
Homoseksual dia memberi dan menerima. kebanyakan terdiri daripada lelaki-lelaki macho. Heteroseksual pula hanya memberi sahaja manakala biseksual paling bahaya kerana mereka tidak pernah puas dan boleh berada dimana-mana sahaja dalam masyarakat. Gay adalah manusia yang paling susah dikesan kerana mereka berperwatakan seperti sesumpah.

Mereka boleh jadi sesiapa sahaja sama ada ahli politik, golongan profesional atau pelajar dan fahaman kumpulan ini adalah hak asasi serta liberalisme. Sebab itu, jika kerajaan akur kepada tuntutan kumpulan LGBT, negara kita akan hancur dan tidak mustahil suatu hari nanti Perdana Menteri kita mungkin seorang gay.

Apakah penyakit jiwa ini boleh diubati?

HUSHIM: Penyakit ini boleh dipulihkan, tetapi gay ini dia soal jiwa dan ketagih. Kita kena pulihkan melalui pendekatan agama dan terapi kaunseling tetapi dalam tempoh yang agak lama.

Sejauh mana seriusnya ancaman LGBT terutama dalam konteks sosial dan akidah di Malaysia pada hari ini?

HUSHIM: Saya berpengalaman mengendalikan kaunseling kepada golongan ini sejak 20 tahun lalu. Lima tahun kebelakangan ini saya dapati gay dan biseksual meningkat begitu mendadak dan berdasarkan pengakuan golongan ini, mereka mendakwa daripada 10 lelaki di bandar, tiga adalah gay manakala di luar bandar dua adalah gay. Ini tidak termasuk pondan dan lesbian. Sebab itu, saya harap semua pihak jangan pandang remeh benda ini. Saya sanggup berdebat demi mempertahankan fakta ini.

Kelompok LGBT kini menular di institusi pengajian tinggi dan malangnya, rata-rata yang terlibat adalah Melayu. Mereka bergerak menggunakan laman sosial untuk mengumpul kekuatan sehinggalah lahir apa yang kita panggil hari ini sebagai LGBT. Mereka inilah yang akan jadi pemimpin masa depan.

Soalnya apa akan jadi jika golongan muda yang dianggap sebagai pemimpin masa depan ini kelak adalah gay? Bukankah pada masa itu segala tuntutan LGBT ini akan diiktiraf kerana pemimpin negara kita pada masa itu juga pengamal dan penyokong kepada budaya laknat ini.

Inilah yang saya panggil sebagai barah dalam masyarakat sebagaimana disebut dalam al-Quran surah as-Syuraa ayat 165-166, malah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang paling Aku takutkan atas umatku adalah perbuatan kaum Luth (homoseksual),”.

Berdasarkan trend semasa, saya tidak menolak kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi jika kerajaan tidak tegas dalam menangani isu LGBT akan lahir ahli politik atau ahli Parlimen dari kalangan gay. Hari ini pun kita sudah dihidangkan dengan bukti-bukti yang mewajarkan kebimbangan itu kerana terdapat ahli politik menyokong LGBT.

Apakah faktor sokongan politik dan kemunculan ahli politik yang dianggap sebagai ikon oleh golongan LGBT telah menyemarakkan barah ini?

HUSHIM: Dahulu isu LGBT ini tidak terlalu menonjol kerana beberapa sebab antaranya, kemudahan teknologi maklumat terbatas tetapi kini semua akses itu di hujung jari. Berbanding dahulu, masyarakat Malaysia kini berfikiran liberal. Berapa ramai orang Melayu yang sokong LGBT? Siapa yang fail petisyen di mahkamah?

Kalau melihat kepada perkembangan semasa, terdapat individu berpengaruh yang menjadi ikon kepada kumpulan LGBT sehingga menyemarak gerakan songsang ini. Sebab itu pemimpin politik kena bersih daripada isu-isu moral dan setiap pemimpin tidak boleh mengamal budaya sebegini.

LGBT juga dilihat sebagai ancaman kepada asas kekeluargaan, apakah peningkatan kes perceraian di Malaysia turut disumbang oleh budaya songsang ini?

HUSHIM: Saya sangat optimis yang peningkatan kes perceraian turut disumbang masalah ini. Umpama dalam kes terbaru yang saya kendalikan, seorang isteri yang masih muda mendakwa dirinya sentiasa diliwat dan hasil siasatan mendapati suaminya seorang biseksual. Mereka kini dalam proses perceraian. Sebelum ini pun banyak kes serupa saya kendalikan.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan bagi mengekang LGBT?

HUSHIM: Kerajaan kena letakkan masalah ini sebagai satu keutamaan kerana selain memporak-peranda sistem kekeluargaan, agama Islam juga terancam. Saya tengok hari ini, yang memperjuangkan LGBT ramai orang Melayu.
Bagi saya kerajaan kena buat satu modul bagi menghalang LGBT habis-habisan di peringkat awal sejak sekolah rendah lagi. Selain itu, yang paling bahaya peringkat sekolah menengah sebab mereka ini akan pergi ke universiti. Di universiti sudah ramai. Saya cakap terus-terang, di universiti sudah ramai puak-puak ini.

Tapi di Malaysia, kita bertindak kadang-kadang mengikut musim. Kita tak serius dan tidak tegas. Kita terlalu banyak retorik dan berpolitik dalam soal ini, tidak kira apa fahaman politik kita. Sedangkan Ini soal masa depan anak-anak kita.

Adakah perlu pendekatan seperti pusat pemulihan penagih dadah?

HUSHIM: Boleh diguna pakai kaedah macam ini dan saya fikir bagus kalau ada institusi khusus macam kita buat pemulihan dadah tetapi sekarang tak ada. Kita hanya ada pusat ibu mengandung anak luar nikah yang dibuat oleh NGO. Saya menyokong penubuhan pusat seperti ini dan kerajaan mesti buat. Kalau kita tidak tangani, Allah akan turun bala yang amat dahsyat. Tunggulah kerana ini ada dalam al-Quran.

Komen terhadap pihak yang mempertikai undang-undang menyekat LGBT?

HUSHIM: Kalau kita mengucap dua kalimah syahadat, kita orang Islam dan kita membaca al-Quran kita tidak akan bercakap macam itu. Sebab bila kita bercakap macam itu, seolah-olah kita menyokong. Sedangkan kita tahu LGBT ini menyalahi hukum Islam yang dijelas dengan terang dalam al-Quran.

Saya tetap tidak bersetuju dengan pandangan menyatakan kita kena beri peluang kepada puak-puak ini. Al-Quran sudah nyatakan terang-terang, ini bukan buku yang ditulis oleh Stephen R. Covey atau Edward de Bono. Tak takutkah kita kepada hukum Allah? Kalau pun nak bercakap, rujuk dulu al-Quran.

Ingatlah ini dosa besar. Kita perlu hayati hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Empat golongan yang berada dalam kemurkaan Allah pada pagi dan petang iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan; perempuan yang menyerupai lelaki; penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat.”

14 Februari 2012

Sindrom Ketagih Cinta

Ketagihan Cinta jika dipandang sepintas lalu tentu tidak memberikan kesan fizikal yang ketara kepada 'penghidapnya'. Namun apabila ia diteliti secara psikologi, ia bukan sahaja memberi kesan kepada 'penghidapnya', malah juga tekanan (stress) terhadap pasangannya. Nyata ketagihan cinta boleh menjadi setaraf atau lebih teruk dengan ketagihan dadah mahupun perkara-perkara yang memabukkan yang lain. Berikut disenaraikan natijah ketagihan cinta:

1. Mindanya terlalu memikirkan sesuatu atau obsesi. Contohnya; selalu curiga kepada kekasihnya/pasangannya (mungkin lebih teruk dari cemburu buta).

2. Tiada sikap toleransi ke atas kehidupan peribadi pasangannya dan sentiasa ingin mendapat perhatian. Ini menyebabkan adakalanya pasangannya tidak mempunyai ruang waktu untuk melakukan sesuatu pun. Sudahlah begitu, sentiasa pula mendesak hingga (ke tahap) mengancam pasangannya agar mengikut kehendaknya dan/atau memenuhi permintaannya.

3. Anggapan bahawa hubungan intim (lebih kepada seks) sebagai alat kawalan pasangannya dan sebagai 'bukti' cinta. (penyalah-tafsiran iaitu cinta ialah segala-galanya terutama dari sudut fizikal/tubuh)

4. Tidak memutuskan hubungan walaupun agak tertekan kerana mengharapkan janji-janji suci pasangannya.

5. Rela kehilangan sesuatu yang lebih penting dalam hidupnya demi mempertahankan (dan memperjuangkan) hubungan yang terjalin; tanpa mempedulikan samada melibatkan kehormatan diri dan juga akidah.

Dalam percintaan itu, ada kebohongan yang paling jujur dan ada kejujuran yang paling bohong. Kerana cinta, kita yang memiliki pendidikan tinggi juga boleh menjadi bodoh disebabkan bahana dan bahang cinta itu amat kuat dan berbisa...

(diadaptasi dari tulisan Rabi'atul Adawiyah: Bercinta, OK ataupun KO? PTS Millennia 2010)

31 Disember 2011

Aku, Persahabatan & 2011

Standard words: cepatnya masa berlalu.

2011 banyak mengajar aku dunia sosial dan bermasyarakat. Bermula dengan 'pemulauan' keilmuan, jemaah kepartian, roh persahabatan, kekeluargaan dan segala yang setiap manusia (wajib) pernah melaluinya.

'Pencarian' ini tetap tiada noktahnya.

2011 banyak menjurus tentang persahabatan dan roh yang ada di dalamnya. Mengenal memperguna dan dipergunakan, ikatan lebih ke arah hubungan kelompok dan hanya di waktu bertugas semata, senior dan junior;

Langsung berbeza dengan dulunya: persahabatan berlandaskan penyatuan hati dan perasaan. Di mana saling menbantu, menyelami dan memahami tidak mengira bos atau staff, saling membantu untuk meningkatkan akauntabiliti diri, serta saling bertanya dan membantu tanpa sedar 'darjat' gred yang berlainan.

'Kawan' yang dijalinkan juga lebih kepada "tiada geng lain dah", bahkan lebih terikat hanya di masa 'sukar' sahaja. 'Penaburan' hanya lebih berkiblatkan individu semata.

Bantu-membantu hanya berlaku untuk memudahkan urusan (KPI) sendiri semata-mata. Tanpa memikirkan 'perbezaan' itu, kekadang kita tetap juga menghulur tangan menadah ikhlas demi menjaga reputasi dan tidak di-cop anti sosial!. Hakikatnya, kesempatan terbaik telah dipergunakan. Tanpa menilai hati dan perasaan orang lain.

Hakikatnya, kita tidak pernah mahu berada dalam/sebagai diri orang tersebut. Tidak pernah mahu untuk selami apakah perasaan dan hatinya sekiranya kita yang diarah, atau ditujukan kata-kata yang ingin kita lontarkan/lakukan itu. Kita tidak pernah mahu menjadi sepertinya, kerana nilai individualistik terlalu menebal dalam diri!

2012 bakal menjenguk mentarinya (sebab kan ianya tahun masehi - perkiraan mentari). Yang pastinya apa yang sudah terjadi tetap akan berlalu, dan apa yang akan dihadapi tetap akan ditempuhi. Fitrah azali ini telah ditentukan rabbi, tetap akan terjadi. Semoga kekuatan-Nya tetap bersama denganku dalam menempuh liku perjalanan hidup ini; yang bermatlamatkan penghujungnya - yaum as-sa'ah!

Selamat menyambut 2012 dengan penuh muzakarah & muhasabah diri. Insya Allah!

27 November 2011

Tahun Baru 1433

Ahlan wa sahlan 1433!


Seperti yang standardnya; cepat benar masa berlalu... Ya! Menjelang 1433 nie, syukur ku panjatkan pada Illahi kerana dapat lagi menghirup udara dunia yang fana ini. Semoga 1432 yang lalu dapat menjadi iktibar serta kaffarah yang aku lalui dapat aku teladani.


Sememangnya kalau nak dikirakan terlalu banyak perkara yang aku alami. Memang benar kata hukama'; manusia itu amat mudah untuk jatuh. Namun untuk bangkit semula suatu penghijrahan yang amat memeritkan.


Pun begitu, Alhamdulillah kerana 1432 banyak meninggalkan kenangan yang manis dan juga teladan yang pahit yang menjadi lumrah insani untuk mengharunginya. Kata orang; hidup ini bukanlah boleh dikatakan sebagai sebuah kehidupan jika tiada masalah melanda. Sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan langit tak selalunya cerah, sedangkan angin tidak selamanya bertiup nyaman sepanjang masa. Roda yang berputar; adakalanya ke bawah, ada kalanya ke atas.


Genap jugalah setahun aku mengakauni "muka buku". Kalau bukan kerana izin-Nya, dah tentu selamanya aku takkan menyambung semula silaturrahim dengan kawan-kawan dan juga para pendidik sewaktu di SMKAM dulu. Ahlamdulillah!


Semoga 1433 ini dapat ku harungi dengan lebih matang lagi. Sementelah menjelangnya Syaaban nanti, genaplah usiaku 31 tahun.


Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idz hadaitana wahablana milladunka rahmah, innaka antal wahhab!

02 November 2011

Salam Aidiladha 1432


Aidiladha menjelang lagi. Memberi gambaran bahawa 1432 akan berlalu pergi. Dan 1433 bakal membuka tirainya kira-kira 20 hari lagi.

Ramadhan dan Syawal yang telah berlalu memungkinkan ikatan ukhuwah kembali bertamu. Dek kejauhan merantau mencari rezeki, rinduku kepada keluarga senantiasa bersemi. Genaplah kini 10 tahun aku di Kota Metropolitan ini.

Sebahagian titipan Syawal ku bentangkan di sini. Semoga Allah swt memberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang nanti. Salam Aidiladha! Pengorbanan (akhir zaman) ini biasanya tidak kan dihargai. Melainkan dengan ketulusan hati dan niat yang murni. Insya Allah!

Rilex...