15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

Tahun nie genaplah 12 tahun aku meninggalkan alam persekolahan selepas Peperiksaan SPM 1999. SMKAM, SK Bakam & SK Lambir Village juga menyaksikan pelbagai perubahan selaras dengan arus pembangunan dan transformasi pendidikan.

Pun demikian, jasa guru pastinya tidak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Selaku ibu dan bapa kedua di sekolah; mengenalkan aku 3M, mendedahkan kepadaku pengalaman dalam memimpin pelajar, pengenalan ringkas tentang ICT, imbangan ilmu dunia dan akhirat menjadikan aku ialah aku pada hari ini. Walaupun aku tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree, namun aku amat-amat bersyukur kerana banyak belajar dari pengalaman.

Kerana pengalaman itu adalah guru yang paling agung dalam kehidupan; yang dipandu oleh ilmu dan pendidikan. Pun demikian, segala kekurangan aku pada hari ini bukanlah disebabkan oleh tunjuk ajar guru; bahkan sebagai manusia aku telah diajar untuk membuat pilihan. Justeru muhasabah diri menjadi pemangkin penerus kehidupan di bumi yang fana ini.

Sempena Hari Guru 2012 aku mengambil kesempatan mengucapkan ucapan ini khas buat semua guru-guru yang pernah mendidik aku di SMKAM, SK Bakam dan SK Lambir Village. Tidak lupa juga kepada pendidik di TABIKA KEMAS Lambir, para lecture & pensyarah di CYBERNETICS dan UMCCeD yang telah sudi berkongsi ilmu, diskusi isu-isu semasa dan, ah! Segala-galanya lah yang mustahil untuk aku membalas budi mereka.

Barakallahu lakum fid dunya wal akhirah!

Tiada ulasan:

Rilex...