31 Disember 2013

Contang-Conteng 2013 – PART.2



INGATAN!
Kesemua tulisan dalam tajuk ini hanyalah 100% pandangan penulis semata-mata berdasarkan pengamatan dan analisis. Blogger bukanlah penganalisis politik mahupun soSial tetapi hanya manusia biasa wargaNegara Malaysia yang tercinta. Justeru kemaafan dipohon sekiranya sesiapa jua yang makan cili terasa pedasnya kerana niat penulis hanya untuk meluahkan rasa (bagi mengelak serangan jantung akibat memendam di dada). Sekian…

Seperti yang tersirat dalam post semalam, pastinya bukan semua yang kita mampu untuk koleksikan, kemudian menukilkan menjadi satu kumpulan pengalaman yang dapat disenaraikan sepanjang tahun. Dan pastinya juga apa yang ter”contang” dalam PART.2 ini juga adalah sebahagian sorotan yang paling tidak dapat dilupakan.

Ya! Kawan. Siapa yang tiada kawan? Dan yang sering kita lupakan adalah kategori kawan yang kita ada tu. Malas sebenarnya aku nak detailkan pasal jenis dan kategori kawan ni. Yang pasti keramaian kawan bermuka talam memang sedang mendominasi especially at workplaces! Korang nak kata aku tipu? Well, all its up to you all, k?

Sentuh pasal payslip; bukan semua kawan suka untuk dibanding-bandingkan! Betul kalau sebelah kiri payslip seseorang itu cecah angka yang tidak disangka termasuklah elaun bagai. Tapi wajarkah kita untuk persoalkan apa yang ada kat belah kiri payslip seseorang itu? Lepas tu pulak siap bandingkan jenis elaun diterima, punca pertambahan senarai sebelah kanan tu lagi. Apa jenis kawan macam ni? Hanya sebab tengok kawannya bertitle bujang, so korang ingat dia boleh survive ker hidup di kota metropolitan ni? Atau tak terfikir kah yang kawan tu masih ada mak bapak di kampung yang bergantung pada kawan kita tu? Wheres your brain is going, friend???

Kita bukanlah dikatakan sebagai seorang kawan kerana masih mempersoalkan situasi dan keadaan kawan kita itu. Kerana ianya membuktikan yang kita ni masih belum kenal 100% dengan kawan kita. Paling hebat: kita sebenarnya memang tak hormati perkara yang mungkin jadi sesuatu yang sensitif bagi kawan kita itu. Ringkasnya – tidak berhati-hati dalam menjaga perasaan. Kalau kawan macam ni yang sesama jantina ok lagi (kot!). Yang berlawanan jantina? Seorang bergelar ibu/nenek pulak tu? Hati kawan tercalar kita tau ke, beb? Sedang korang waktu kerja hilang sampai masa balik kawan tu tak cakap apapon! Pastu siap buat OT lagi. No comment!

Kisah jiran juga tidak kurang menariknya. Kalau duduk menyewa rumah bertingkat cecah langit mungkin masalah ini biasa-biasa je. Tapi hanya kerana kita takde kenderaan 4 tayar, so depan rumah kita lah yang menjadi mangsa park 4-tayar dia. Waktu renovate rumah dulu-dulu ada ke nak fikir park-space? Siap muncungkan atap di tengah laluan jalan raya lagi. Ohya sebelum terlupa kita duk nyewa rumah teres ye. Konon nak jaga hati jiran pulak dia siap jamu makan/pemberian sekali sekala sahaja. Tu pun masa buat kenduri atau pokok mangga yang depa tanam depan rumah jirannya tu berbuah; dapat pun sebijik jer.

Nak bagi kita guna 4-tayar dia? Hareem! Aku tak faham apa jenis jiran lah macam ni. Hidup meniti usia senja tapi hak jiran langsung tak dijaga. Memang kita akan nampak jiran kita tu mungkin ‘cool’; tapi kita tau ke isi hati dia? Tanah untuk geran rumah yang dia beli tu cecah laman rumah kita ke? Lumrah selfish person. Tapi kalau ditegur melatah 1000 darjah oooo! Pernah ada orang tegur pasal park 4-tayar dia yang mengganggu lalulintas. Boleh dia jawab orang tu yang kawasan tu tanah dia? Padahal kawasan tempat dia letak 4-tayar dia tu adalah kawasan reserved jalan! Seorang je yang bawa 4-tayar tu tapi untuk rumah dia je ada 2 unit 4-tayar dia: merah saga ngan viva homme. Tak salah nak simpan kenangan arwah anak. Tapi kalau dah sampai calarkan hati jiran, silap-silap boleh jatuh haram atas harta yang berlebihan tu, makcik oiiii!!!

Benar dunia ini kurang meriah kalau takde masalah. Sebagai manusia kita juga takkan terlepas dari memikirkan asbab musabab atas satu-satu masalah itu. Kita hanya manusia yang benar-benar lemah. Walau sehebat mana pun pangkat dan darjat kita. Namun berapa ramai yang nak meng-koreksi diri?

Ramai juga rakan-rakan maya di WeChat dan Facebook berpendapat 2013: banyak pahit dari manis. Mungkin ada benarnya : namun jika dilihat cabaran 2014 mendatang – beberapa jam aje lagi, mungkin lebih lagi cabarannya terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Jadi lantaran aku dah malas nak conteng lagi, mungkin ini saja lah peristiwa yang aku rasa agak besar untuk aku hadapi. Walaupun ada sesetengah perkara bukan pertama kali aku harungi (contoh isu payslip) tapi aku tau : itulah buktinya kehidupan ibarat roda. Sejarah Mungkin Berulang (nyanyian New Boyz) satu masa dulu takkan menjadi Hanya Tinggal Sejarah = kecuali untuk sesetengah perkara sahaja.

Wallahu ‘alam. Salam 2014 (sorry sebab aku dah celebrate my Hijri New Year jadi tahun baharu 2014 aku sambut dengan holiday jer) ^_^

Follow le aku kat Twitter (@pojie82) atau WeChat (@Pauzi_Pojie). Adios!

Tiada ulasan:

Rilex...