30 Disember 2013

Contang-Conteng 2013



INGATAN!
Kesemua tulisan dalam tajuk ini hanyalah 100% pandangan penulis semata-mata berdasarkan pengamatan dan analisis. Blogger bukanlah penganalisis politik mahupun soSial tetapi hanya manusia biasa berwargaNegara Malaysia yang tercinta. Justeru kemaafan dipohon sekiranya sesiapa jua yang makan cili terasa pedasnya kerana niat penulis hanya untuk meluahkan rasa (bagi mengelak serangan jantung akibat memendam di dada). Sekian…

Buat kesekian kalinya, aku gagal memanfaatkan blog yang ada untuk menulis. Benar kata sesetengah orang; kesibukan terhadap sesuatu akan menyebabkan kita lupa akan sesuatu yang lain. Sekalipun bukanlah tanggungjawab utama, namun menulis adalah minat aku. Cuma entah bila lah agaknya nukilan aku dapat diterbitkan.

                Kenapa “Contang-Conteng”? Realitinya inilah yang aku perhati dan hadapi sepanjang 2013 yang tak berapa jam lagi nak tukar ke 2014. Mana yang teringat aku contangkan di sini, manakala mana yang aku tertinggal akan ku conteng kat fb-timeline aku je lah. Senang kan?

                2013: Suka duka memang dah jadi lumrah dan fitrah yang ditentukan Pencipta ke atas semua makhluq kat muka bumi ni. Tak kiralah haiwan ke, manusia ke; jin ngan syaitan pun dah tersurat dan takkan ada sapa pun yang mampu mengubah selain menghadapinya. Nipis iman, lemah dan tersungkur lah kita. Kuat tabah dan sabar; Alhamdulillah kita kan mampu mengharunginya. Lain orang, lain lah cara nak adaptasinya, kan beb?

                Ermm… Nak sentuh politik? Aku ni orang tengah Cuma. Belah kanan pun tak, belah kiri pun tak. Apapun mana-mana yang berkaitan dengan rakyat dan penjawat awam aku memang sokong. Sebab hidup zaman la ni bukan macam 10-15 tahun lepas. Memang perit dan pedih. Kalau orang luar memberikan persepsi kenaikan gaji 10-25% adalah angka yang besar. Ianya bukanlah sebesar mana bagi mereka yang terlibat. Pandangan tidak akan sama 100% dengan orang yang sedang menanggungnya. So, well? Lu pikiaq la sendiri.

                Ustaz Kazim? Yup! Aku memang minat dia sejak 2008. Waktu tu aku kenal dia melalui vcd-vcd yang jiran aku sebelah rumah pinjamkan. Personally aku memang kagum dengan beliau. Sekalipun berparti sang purnama (sehingga Nov.2013 lepas), beliau tidak segan dan takut menyatakan kebenaran. Belah kiri atau belah kanan; sini ke, sana ke atau sinun: kalau mana-mana pihak nyata salahnya beliau mesti buat teguran. Sinis dan penuh menghiburkan. Aku doakan agar beliau terus tabah dalam mengharungi liku-liku dakwah dan perjuangan beliau.

                Ok-ok. Cukup dulu pasal masalah rakyat. Pasal kawan? Urm… Sejak aku bertukar 2011 yang lalu memang terasa ketandusan nilai persahabatan. Kekeluargaan yang ada ibarat talam muka-muka. Kita adalah kawan tikamana diperlukan untuk kesenangan & penuhkan perut sendiri sahaja. Pernah hampir 3kali juga la aku hadapi situasi yang benar-benar kenalkan aku sapa kawan. Syukur aku mampu hadapinya.

                Lagi pasal kawan? Memang di awal aku membuka akaun facebook, aku nak cari dan rapatkan semula silaturrahim terutama dengan kawan-kawan aku sekolah rendah dulu. Mungkin nasib aku tak baik. Ditambah dengan tempat aku kerja sekarang yang orang kampung selalu anggap: keja kat KL mesti gaji besar (besau la sangaaaattttt!!!!). Kawan yang menyapa di fb tu plak sekadar nak minta tolong RM semata-mata; atas umpan nak sambung balik silaturrahim (konon)!

                Ada juga sebahagiannya memang tak penah pun lost contact. Dah memang tau pun aku kat rantauan. Paling tak pun kalau taknak jumpa (aku taknak pun duit korang tu) sms lah kata “kitorg ada di KL”. Tapi sampai sudahnya tau-tau jer kat timeline post pic dah kat padangterbang dah. Terbaik kan? Hedonisme & Materialistik dah berbunga subur dalam dunia persahabatan. Tahniah musuh Allah kerana berjaya juga kalian menerapkan sekularisme dalam ukhuwah dan persahabatan. Bangga sangat!

                Dalam suka memang akan ada duka. Kawan terbaik pernah aku ada akhirnya menyahut panggilan Illahi Muharram 1435 yang lepas. Setelah beliau diserang strok pada usia 53 tahun. Susah senang, usik gurau, gaduh santai, bahkan satu famili dia aku kenal. Semoga Allah mencucuri rahmatNya atas sahabatku itu. Beliau telah pun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang. Al-fatihah :’(

                Dahla. Kalau nak cerita lagi, dunia kiamat pun pasti tak settle juga. Menyakiti, mempermainkan mungkin jadi makanan buat sesetengah orang. Punyalah kita cintai dia sepenuh hati, dia bukan saja buat sialan gitu, bahkan mengambil kesempatan. Takpe lah. Sekalipun aku redha (mungkin jadi kafarah buatku) aku harap suatu masa nanti dia juga hadapinya. Mungkin lebih teruk lagi. Sebab 100% aku percaya bahawa hidup umpama roda, bro!

                Kemalangan motosikal? Sejak akhir-akhir ni memang kerap berlaku kan? Aku cuma nak fokuskan pasal moto-moto kecik jer. Yang best nya plak, ada pihak letakkan 100% punca dari mangsa yang juga penunggang motosikal itu sendiri. Tapi kan? Kalau perasan kemalangan yang berlaku 2-3 hari lepas di belah pantai timur tu. 100% salah penunggang kew bila nyata-sah sah orang saja-saja rempuh diorang? Macamana plak tu? Nyawa langsung tak dihargai hanya kerana sesetengah makhluq yang rasa #macamhebat jer bawak 4-16 tayar! Bersabarlah kepada penunggang moto semua kerana dorang sekarang kalau dah pegang stereng, dunya ni depa ajer yang bayaq cukai!

                Pasal kerja? Aku dah letih. Walaupun baru 10++ tahun aku service, macam-macam dah semakin terbuka. Ibarat nak cober gajah mati ngan daun pisang kan? Banyak yang kena pulak yang puak-puak bergaji kecik ceno-et je. Yang makan free duit opis banyak tu senantiasa jer akan terlepas dengan minit-minit bodoh standard kannnn?

                Kawan lagi? Kali ni pasal orang yang paling rapat sejak dia tingkatan 3 lagi. Erm… tahla. Kalau dicakapkan dikatanya ngomel-pat pulak. Almaklumlah teranspote dah beratap bumbung. Kita duk berhujan panas la lagi. Takpe la kalau tu rezki dia kan. Tapi dah lupa kawan terusssssssan ker???? Harusla ko noks!!!! Untong le kan? Whateva la guys…

                Family matter? Yup semua orang akan dan ada menghadapinya. Tentunya kita juga takkan menyangka sesuatu yang kita takuti kan terpaksa dihadapi oleh kita sekeluarga, kan? Memang memeritkan apatah lagi bila dirisik ianya telah pun dipendam sejak 2-3tahun kebelakangan ini. Yang pasti (tentang apa yang berlaku ni) semua ahli perlu koreksi diri atas apa yang sedang berlaku. Nak mengeluh, dah takdir. Terpulang cara kita untuk hadapinya.

                Kesyukuran juga tidak lupa aku panjatkan kerana penantian sejak 2009 lalu membuahkan hasil. Aku buat (insya Allah) untuk keluarga. So jangan hairan lah sebab aku utamakan parents more than kahwin buat masa ni. Memang aku tersentuh (dalam masa yang sama) bila tengok semua kawan-kawan dah ada baby. Tapi aku tetap yakin sekalipun tiada jodohku di sini, di sana sapa yang tahu kan? Wallahu ‘alam.

Dah-dah. Malas dah. Kalau aku write panjang-panjang pun sape nak baca? Lagipun blog ni bukanlah sepopular blog-blog penulisan yang lain. (bahasa Sarawak) nulis bebanyak pun mun komen sigek duak jak polah apa? Publish macam advertise dalam timeline pun 2-3 jak nok duli kan? Ngeeeee…

                Apapun yang terjadi semuanya telah tersurat dan terhikmah di sebaliknya. Tinggal kita jer nak nilai diri kita jer tentang cara nak hadapinya, kekuatan kita dalam menempuhnya; apa-apa jela. Yang pasti nya: KEHIDUPAN INI AKAN MENJADI SUNYI TANPA MASALAH…

Buat akhirnya:

Ø  Selamat menyambut 2014
Ø  Selamat berbahagia kepada si dia yang pernah musnahkan cinta ini
Ø  Selamat Tahun Melawat Malaysia 2014 :-p
Ø  Selamat, err…. selamat apa-apa je la….

Adios…..

Segalanya tentang aku…
Disember 2013 @1130hrs

Tiada ulasan:

Rilex...