Banyak sangatkah belanja yang perlu dikeluarkan untuk belanja kawan makan? Sedang sebelum ini kawan kita langsung tidak berkira pun nak belanja kita; walaupun tanpa dipinta. Kadang-kadang dari 10 kali belanja, kita nak "reply" sekali pun berkiranya tidak terkata...
Susah sangatkah nak tolong kawan dalam kesusahan? Sedang sebelum ini kawan kita langsung tidak berkira pun terhadap kita; walau terpaksa berhujan dan menempuh km yang lebih dari sepatutnya. Kadang-kadang "terima kasih" pun susah untuk kita ucapkan, apatah lagi bantuan dari segi kewangan!
Hebat sangatkah sampai masa untuk bersama kawan kita, kita penuhi dengan melayan orang yang tiada di depan mata? Dalam erti kata lain melayan gajed kita lebih dari melayan kawan di depan mata kita. Tanpa sedar kita sebenarnya dah buat kawan kita "keseorangan dalam keramaian".
Sempurna sangatkah kita bila kita mempersoalkan status kawan kita? Sedang kita tidak merasai apa yang dia rasa. Sebab itu kadang-kadang kawan kita lebih suka mengambil pendirian untuk berdiam diri daripada berkongsi masalahnya. Hingga tanpa sedar kita sebenarnya telah membuatkan dia bertambah tertekan dengan situasi yang sedang dia hadapi sekarang. Kadang-kala kita menyalahkan dia 100% dengan kisah silam yang telah pun dia lalui 5-10 tahun dulu. Janganlah kita mudah mengata kawan kita jenis yang "memilih dan cerewet"; sedang kita tak tahu pada siapa sebenarnya keikhlasan cinta nya dia telah serahkan. Ingat tak Rabiatul Adawiyyah?
Mungkin hari ini usia kita masih dalam kategori "Y" dalam memahami setiap perkara. Namun sedarkah kita bahawa kita tidak lah selamanya "Y" sepanjang hidup ini kerana "X" telah pun melalui dan kini "Z" pula bakal menggantikan kita. Jadi, sama-samalah kita renung dan hisab diri kita kerana maut tidak mengenal usia.
Buat diri, Selamat Menyambut Hari Lahir (Masihi) ke 31. Semoga diri ini akan terus menyedari akan pentingnya menghargai apa yang telah ada. Agar kelak kita tidak menyesal jika kita kehilangan satu masa nanti. Kerana fitrah manusia hanya akan menghargai sesuatu setelah kehilangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan