16 November 2008

Menanti Sesuatu Yang Tak Pasti...

Ironinya, tatkala seseorang mula berperasaan terhadap seseorang yang lain, rasa kasih dan cinta itu pasti akan menebal di sanubarinya. Apakan daya, adakalanya perasaan itu harus dipendamkan sahaja. Kerana mungkin kasih yang tercipta bakal tidak berbalas, tiada respon mahupun tiada keyakinan 100% terhadap perasaannya.

Itulah hakikat cinta sesama manusia. Mengenali orang lain bukan bermakna kita akan mengenalinya seluruhnya. Hanya 10% sahaja peribadi luarannya yang kita kenal. 90% lagi terletak di dalam individu tersebut. Merebutkan hati seseorang itu umpama mengidamkan buah yang tinggi di pangkal pepohon yang menghijau.

Aku juga tidak terkecuali. Cuma yang aku dambakan kini hanyalah rahmat, ampunan dan belas cinta Dia yang cintaNya tidak pernah bertepi. Apakan daya; memenangi cinta sesama insan bersifat sementara. Tetapi damba kasihNya tidak pernah kecewa.

Aku akui, cinta yang ku tempuh sebelum ini amat memedihkan bak sembilu yang menghiris luka hati yang telah sedia berdarah. Cinta yang ku lalui hanya sentiasa tinggal kenangan. Tidak sehebat cinta Rabiàh Adawiyyah, tidak setulus pengorbanan Hanzalah, tidak sesuci cinta Rasulullah ke atas umatnya. Subhanallah...

Cinta...
Pilu untuk aku laluinya lagi. Apakan daya, sebagai seorang yang bernama manusia, aku takkan dapat lari dari rasa cinta ini. Cuma aku harap cinta yang Haqiqi tetap bersubur di hatiku...

Pedihnya cinta...

2 ulasan:

nur el-huda berkata...

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Tabahkan hati wahai teman~

Acik fosilmitra berkata...

Assalamu'alaikum wbt.

"Cintailah dirimu sendiri sebelum kamu menyintai diri org lain..."

Apa maksudnyer?...

Kamu menyintai diri kamu dgn tidak melakukan sebarang perkara yg boleh menjauhkan diri kamu dari rahmat Allah SWT...

Rilex...