08 Mei 2009

NILAINYA IBU bila dia pergi buat selamanya - iktibar buat sang peragut!

petikan Berita Harian Online 8 Mei 2009

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20090507231350/Article/index_html


'Kakak sanggup ambil tugas ibu'

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my


MOHD Zani (kiri) sedih ketika menyampaikan pesanan kepada anak sulungnya, Nur Idayu (bertudung) untuk mengambil alih tugas arwah ibunya menjaga adik ketika ditemui di rumah mereka di Tumpat, semalam.

Anak sulung mangsa ragut janji kepada bapa urus keperluan empat adik

TUMPAT: Anak sulung wanita mengandung tiga bulan yang maut angkara peragut bermotosikal kelmarin, Nor Idayu Mohd Zani, 13, berjanji akan mengambil alih tugas menguruskan keperluan empat adiknya termasuk memasak dan membasuh baju selepas ketiadaan ibunya. 

Nor Idayu, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok, itu juga berjanji menjaga semua adiknya dengan sempurna seperti mana pengorbanan arwah ibu mereka, Saripah Mohd Nor, 31, sepanjang hayatnya sebelum menemui ajal dalam kejadian menyayat hati itu.

__________________________________________________________

tatapilah wajah keluarga ini
moga Allah limpahi ketabahan dan kesabaran kepada mereka
dan memberi yang setimpal dengan peragut, bukan sahaja di Kelantan bahkan seluruh dunia

tidakkah ada sekelumit rasa ihsan
tatkala seorang wanita bergelar ibu diragut
dibiarkan mati dengan anaknya di dalam kandungan?

betapa manusia sekarang menuju kembali ke zaman jahiliyyah
jahiliyyah moden abad ke 21
bilamana ilmu semakin banyak 'dijaja' di institusi
iman dan taqwa semakin jauh dari ilmu yang hendak 'dibeli' itu

sempena Hari Ibu 10 Mei ini
tentunya keluarga ini amat meratapi pemergian
suami kehilangan isteri
anak-anak kehilangan ibu tercinta

renungkanlah...

Tiada ulasan:

Rilex...