11 Jun 2009

aku dan diriku...



hingga saat ini aku masih belum menemui diriku. pencarian sejak sekian lama ini mungkin tidak akan berakhir begitu sahaja. lumrah hidup bertuhan menjadikan aku wajib menghadapi segala macam kemungkinan akan terjadi dan menyesali apa yang telah aku lalui. 

kebahagiaan insani memang tidak akan pernah dikecapi oleh sesiapapun! baik telah berpuluh tahun berkeluarga, apatah lagi yang masih single. semuanya hanyalah milik mutlaq Yang Esa, dimana manusia hanya diizinkan untuk merasainya secebis sahaja.

nilai cinta dan persahabatan hanyalah dapt dirasai andai diri mahu bersahabat dan bercinta atas sesuatu sebab dan musabab, tujuan dan keinginan lebih untuk menjaga peribadi berbanding menilai ketulusan budi.

sahabat umpama buih di lautan! memang banyak, namun tatkala ombak itu menghempas pantai, berapa banyak buih yang menghilang, meninggalkan ombak sendirian kembali ke pantai... 

hidup ini memang indah, kalau ada unsur pengindahan yang HAKIKATNYA adalah lahir dari kehendak dan keinginan kita sendiri. inilah yang kadang-kadang kita tidak menyedari peranan kita sendiri.

aku menukilkan ini: telah 28 tahun (hijri) aku hidup di muka bumi ini, maka segalanya perlu untuk aku muhasabahkan, menilaikan agar diriku tidak hanyut terlalu jauh dari cinta, persahabatan dan kasih yang MAHA sejati terutama kepada insan terpilih, penghulu manusia di sana nanti...


3 ulasan:

Acik fosilmitra berkata...

Salam fauziey... Mencari sahabat yg memahami kiter mmglah sukar... Namun kiter sendiri pun mungkin ada kurangnyer...

"Terimalah seseorang itu seadanya, nescaya kamu boleh membuat hubungan dengan dirinya".

Wassalam.

Acik fosilmitra-Jakim

nur el-huda berkata...

x perlu mencari seorg manusia yg smprna utk m'jd tman sejati, cukuplh skdar m'pnyai seorg tman yg m'jdkn kite seorg manusia yg smpurna bila kita berada b'smnya... =)

Tanpa Nama berkata...

nasihat kengkawan semua amatlah dihargai...

Rilex...