30 Mac 2010

SuKarNya MenJaDi DiRiKu...

1. MENUNTUT ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD

semakin kita mencari untuk mengenali sesuatu, maka sedar tak sedar kita kan terasa yang kita rupanya banyak kekurangan dalam pengetahuan yang kita miliki.

ayat al-Quran: jika kamu gunakan seluruh lautan yang ada di muka bumi ini untuk menulis semua ilmu yang ada, pasti tidak cukup lautan tersebut bagi menulisnya. sekalipun lautan di dunia ini ditambah sebagai ganti, ia tetap tidak akan mencukupi....al-Kahfi

demikianlah kita. sehingga saat kita mahu menemui ajal sekalipun kita tetap akan dituntut untuk mengucapkan syahadah! semakin kita belajar, semakin sedar yang kita rupanya selama ini banyak kekurangan dan perlu kepada proses uzlah dan muhasabah diri.

2. ILMU ITU TIDAK BERNILAI HARGANYA

baru-baru ini berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL 19-28 Mac di PWTC. ramai benar pengunjungnya. kalau di pihak kakitangan awam, 19-24hb adalah masa yang kritikal kerana lebih 40 hari tempoh masa dari gaji bulan sebelumnya.

hakikatnya kita sebenarnya menyedari ilmu itu lebih bernilai dari segala apa yang ada. bayangkan pada masa gaji belum ada lagi, kita sanggup mengorbankan apa yang sedia ada untuk membeli-memiliki buku-buku yang perlu dibaca (tidak termasuk novel dan komik humor). kos buku-buku ilmiah sekarang bukanlah murah, namun masih ada yang mahu memilikinya.

bandingkan antara buku-buku (ilmu) yang kita miliki dengan kemewahan dunia, manakah yang lebih mahal harganya?

3. MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA

sukarnya kita untuk menghulur tangan memberi tetapi bila kerajaan tarik subsidi, kita akan mengeluh, kan? lebih gemar menjadi golongan kedua iaitu menerima. sedang darjat di pemberi lebih berharga dari darjat penerima.

adakalanya meminta itu perlu tetapi biarlah kena pada masa dan tempatnya. alangkah indahnya hidup ini jika semuanya berebut-rebut memberi dan yang menerima pula kurang.

teringat kisah seorang sahabat yang dilantik menjadi amil ketika perintah zakat mula-mula disyariatkan. melihat seorang ansar yang bersungguh mahu membayar lebih dari zakat yang dikenakan, menyebabkan sahabat keliru dan mengadu hal ini kepada Rasulullah s.a.w.

indahnya ketika kewafatan nabi s.a.w. merindui umatnya (tentang kerisauan baginda akan apa yang sedang terjadi hari ini). hibanya kerinduan Umar Affan ketika kewafatan nabi. tawaddhu'nya Abu Bakar menerima lantikan sebagai khalifah pengganti Rasulullah s.a.w. hinanya kita kerana membiarkan peribadi nabi dihina dan dicaci-maki.

4. IHFAZILLAH, YAHFAZKA....

jagalah Allah, Allah menjaga kita. isu kalimah Lafzul Jalaalah suatu masa dulu menggegarkan negara. pelbagai pandangan dan pendapat terkeluar dari semua pihak.

tapi kan, sedar tak sedar kita dah jauh dari-Nya. kita berjuang menentang penggunaan kalimah oleh golongan bukan muslim, tapi banyak sebenarnya hak-hak sebagai Muslim yang Mukmin kita abaikan. sekalipun kita laksanakan, kealpaan tetap ada di dalam hati kita...

(taknak ulas lanjut nanti kena salah anggap pulak. sedangkan tulisan ini mencerminkan muhasabah diriku sahaja...)

>>> sekian dulu. Insya Allah part 2 akan menyusul. kerana kini aku sedang mencari sesuatu yang telah nyata depan mata cuma aku sahaja yang tidak menyedarinya...

Tiada ulasan:

Rilex...