06 Januari 2011

Selamat Tahun 2011 dan Salam Perpisahan JPS Ampang - Sebuah Catatan Permulaan

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga di atas segala pahit dan manis yang telah saya lalui sepanjang saya menjadi warga JPS mulai Mei 2007 hingga Disember 2010. Dan semestinya kepahitan yang menutup tirai saya sepanjang berkhidmat dengan jabatan di bawah NRE ini setelah 8 tahun perkhidmatan saya dalam perkhidmatan awam.

Ampun dan maaf juga saya pohonkan di atas segala salah silap; sengaja atau tidak; terlepas atau terkasar. Namun demi menjaga diri sendiri dan juga memperbaiki ke arah yang lebih baik lagi; terutama sistem fail & kewangan di Dicode-KL dulu serta demi tugas yang diamanahkan – tambahan bertugas secara seorang diri di unit Kewangan tanpa bantuan CC maupun EO; maka ketegasan dan ketangkasan dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan masalah terpaksa saya lakukan dan hadapi. Walaupun ada pihak yang “sudi” mengirimkan “warkah istimewa” menceritakan (bukan melaporkan) tentang diri saya, syukran wa jazakallah saya ucapkan.

Khas nya untuk “kakitangan berintergriti” yang gaya tulisan warkahnya amat saya kenali individu tersebut; kemaafan saya untuk anda telah saya serahkan kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya (saya ingin tegaskan di sini bahawa) sekiranya benar saya ingin melaporkan kegiatan awak, saya amat tidak perlu melayangkan surat layang sebagaimana yang dituduh oleh anda. Ini kerana (secara ar-Ra’yu ; LOGIK AKALNYA) dengan bukti yang ada dalam simpanan Dicode-KL, sudah cukup untuk saya membawakan hal tersebut DIRECT kepada SPRM tanpa perlu melayangkan surat kepada NRE mahupun Pengurusan Tertinggi JPS. Tapi SAYA MASIH MEMPUNYAI AKAL YANG WARAS! Apa gunanya saya lakukan hal-hal bodoh sedemikian sekiranya saya mempunyai peluang yang DIRECT kepada SPRM? Lagi satu apakah anda mempunyai bukti yang saya menubuhkan komplot untuk menjatuhkan awak? Apa yang saya maklum awak lah yang mencipta komplot agar orang seperti saya – W17, J17 & J44 (SPS @ K-Dicode tahun 2009/2010) ditukarkan keluar dari situ atas alasan “tidak bekerjasama dengan awak” dalam hal dan perkara yang NYATA di luar prosedur dan peraturan!

Semoga penutup “hayat” saya di JPS seperti ini tidak akan berulang lagi di jabatan lain yang bakal saya duduki. Tambahan dalam usaha saya mempertingkatkan kompetensi diri; saya sentiasa berdoa agar JPS akan menjadi yang pertama dan terakhir untuk saya menabur khidmat. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku di sini dan saya amat bersyukur kerana berada di bawah lantikan JPA – di mana saya boleh untuk bergerak ke mana-mana jabatan atau kementerian seluruh Malaysia tanpa terikat dengan satu jabatan sahaja semata.

Sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya: satu sahaja saya ingin ungkapkan. SEMUA DI KALANGAN KITA ADALAH PENJAWAT AWAM DAN PEGAWAI KEWANGAN. Tidak kira lah kita bergred 1 (paling bawah) atau gred TURUS (paling atas). Kita punyai tanggungjawab yang sama. Basicnya kita perlu menguasai Perintah Am dan Arahan Perbendaharaan yang merupakan asasi dalam perkhidmatan awam negara.

Semoga dengan izin Allah s.w.t insya Allah suatu hari nanti kita akan dipertemukan jua. Salam takzim dari saya dan saya doakan agar World Class Organization yang bakal dilancarkan akan mengubah mentaliti dan sikap keterbukaan di kalangan warga JPS.

Tiada ulasan:

Rilex...