14 Februari 2012

Sindrom Ketagih Cinta

Ketagihan Cinta jika dipandang sepintas lalu tentu tidak memberikan kesan fizikal yang ketara kepada 'penghidapnya'. Namun apabila ia diteliti secara psikologi, ia bukan sahaja memberi kesan kepada 'penghidapnya', malah juga tekanan (stress) terhadap pasangannya. Nyata ketagihan cinta boleh menjadi setaraf atau lebih teruk dengan ketagihan dadah mahupun perkara-perkara yang memabukkan yang lain. Berikut disenaraikan natijah ketagihan cinta:

1. Mindanya terlalu memikirkan sesuatu atau obsesi. Contohnya; selalu curiga kepada kekasihnya/pasangannya (mungkin lebih teruk dari cemburu buta).

2. Tiada sikap toleransi ke atas kehidupan peribadi pasangannya dan sentiasa ingin mendapat perhatian. Ini menyebabkan adakalanya pasangannya tidak mempunyai ruang waktu untuk melakukan sesuatu pun. Sudahlah begitu, sentiasa pula mendesak hingga (ke tahap) mengancam pasangannya agar mengikut kehendaknya dan/atau memenuhi permintaannya.

3. Anggapan bahawa hubungan intim (lebih kepada seks) sebagai alat kawalan pasangannya dan sebagai 'bukti' cinta. (penyalah-tafsiran iaitu cinta ialah segala-galanya terutama dari sudut fizikal/tubuh)

4. Tidak memutuskan hubungan walaupun agak tertekan kerana mengharapkan janji-janji suci pasangannya.

5. Rela kehilangan sesuatu yang lebih penting dalam hidupnya demi mempertahankan (dan memperjuangkan) hubungan yang terjalin; tanpa mempedulikan samada melibatkan kehormatan diri dan juga akidah.

Dalam percintaan itu, ada kebohongan yang paling jujur dan ada kejujuran yang paling bohong. Kerana cinta, kita yang memiliki pendidikan tinggi juga boleh menjadi bodoh disebabkan bahana dan bahang cinta itu amat kuat dan berbisa...

(diadaptasi dari tulisan Rabi'atul Adawiyah: Bercinta, OK ataupun KO? PTS Millennia 2010)

Tiada ulasan:

Rilex...