27 Ogos 2008

Catatan Pra-Ramadhan

Semalam, sewaktu aku singgah di Tesco Cheras untuk membeli barang keperluan, aku ternampak lambakan kad-kad raya yang telah sedia untuk dijual. Aku menghampiri sudut itu, melihat satu-persatu kad-kad raya yang ada - ada yang bermuzik, pelbagai corak dan design. Aku mengambil salah satu kad raya tersebut - khusus buat ayahbonda. Tak mahal pun, cuma RM 6.90.

Tetiba jer dadaku sebak! Semacam nak keluar airmata ni bila mengenang yang inilah kali ke 3 aku tak balik menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung - Miri, Sarawak. Terlintas di fikiran aku; perlukah aku membeli lagi kali ini khas buat keluargaku? Aku benar-benar sebak ketika itu - sampai lupa segala masalah aku yang melanda di pejabat.

Aku tabahkan hati... Anak rantau seperti aku ni sepatutnya tabah menghadapi saat-saat seperti ini... Ramadhan dan Syawal jauh dari keluarga tersayang... Apa yang mampu ku lakukan ialah mengirimkan doa agar kesejahteraan tetap bersama keluarga tersayang, sekalipun aku menghadapi dugaan dan cabaran di rantauan.

Salam Ramadhan 1429H

1 ulasan:

nur el-huda berkata...

salam..
zie, huda pun tetiba rasa sebak plak baca catatan zie yg ni. tersentuh. Zie, tabahkan hati ye.
Keep praying 4 them. InsyaAllah, doa anak yg soleh dimakbulkan Allah.

p/s : Zie, huda nak kad raye dari zie!! =)

Rilex...