29 Ogos 2008

Catatan Pra Ramadhan 2

Detik demi detik yang dilalui terasa amat memeritkan hati. Suasana kehadiran Syawal rupanya melebihi persiapan Ramadhan. Syahdu benar rasa hati bila mengenangkan diri di perantauan orang, menumpang mencari rezeki.

Saat ini aku terkenang ayah dan ibu di kampung. Melihat iklan Merdeka Petronas lagilah menambah kesayuan hatiku. Fitrah! Pengorbanan ayah takkan dapat dibayar balik walau dengan harta benda. Sungguh mahal hingga bisa menitiskan airmata kesyahduan.

Zaman persekolahan mungkin yang paling indah dalam hidup seseorang. Demikianlah juga aku. Al-Fatihah buat sahabat-sahabatku sebumbung di SMKAM yang telah pergi dahulu menghadap yang Maha Esa. Doa kebahagiaan buat sahabat yang mungkin kini telah pun memiliki permata hati, sahabat sebumbung DEPU di UMCCed, Fakulti Syari`ah di USIM - Sijil Undang-Undang Keluarga batch yang pertama, sahabat di KUIS dan semua yang aku kenali.

Masa kan terus berlalu, Ramadhan tetap kan bertamu sekalipun aku berjauhan dari keluarga tersayang....

Tiada ulasan:

Rilex...