02 September 2008

Selamat Datang Bulan Maghfirah

Alhamdulillah

Syukur kerana izin-Nya membenarkan kita untuk menghirup kembali udara di bulan maghfirah penuh barokah ini. Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna lebih dari tahun-tahun yang sudah.

Bagiku, Ramadhan 1429 ini adalah Ramadhan yang ke-8 aku menyambutnya di rantauan. Sesekali teringat juga aku masa dulu kalau time buka puasa tu mak aku masakkan bubur pedas sebagai juadah tetap berbuka di samping lauk favourite aku: hati masak kicap. Bila terkenangkan hal tu buat hati aku rasa syahdu jer...

Fitrah kerana masa berlalu takkan berulang. Tapi doaku moga bukan sahaja aku berharap dapat menghabiskan Ramadhan kali ini bahkan juga ku harap dapat bersua dengan Ramadhan akan datang. Syahdu Lebaran semakin terasa kehangatannya.

Mubarak ya Karim...

Tiada ulasan:

Rilex...