03 September 2008

Hitz di Ramadhan

Apa yang popular time Ramadhan di Malaysia erk?

1. Azan Maghrib - walaupun mungkin stesen TV atau Radio tersebut sebelum ini hanya tunjukkan fadhilat solat, tetapi sempena Ramadhan ini kita dapat ikuti pelbagai lagu-lagu azan yang dikumandangkan; tidak ketinggalan juga para artis yang turut sama melaungkan azan Maghrib (walaupun makhraj dan tajwid tak diperhatikan/dijaga) ini.

2. Kesesakan lalulintas di Car Park masjid dan saf-saf dalam dewan solat - kalau la umat ini tahu betapa besarnya kegembiraan Allah melihat kita bersesak sebegini ketika solat fardhu yang lima, alangkah bahagianya kita...

3. Jalan Masjid India/Jalan Tuanku Abdul Rahman - borong, beli, tunai, semua macam2 ada. Dari hiasan rumah sampailah hiasan 'dalaman' terjual di ceruk gerai dan kedai lebih-lebih lagi malam menjelang Syawal :-)

4. Bazar Ramadhan - sedikit sebanyak tergugat juga la peniaga di pasar malam yang berjadual. Tapi beringatlah - tiada apa yang lebih berkat di dalam sesebuah perniagaan melainkan melebihkan sedekah. begitu juga dengan para pengunjung, memadailah kita membeli apa yang perlu dan mengutamakan sunnah Rasulullah...

5. Lagu-Lagu Raya: lama dan baru (dulu, kini dan selamanya) - err... aku pernah hadapi situasi ini di mana salah satu pasaraya terkemuka di tengah ibu kota sedang mengadakan jualan pra-Syawal kira2 seminggu sebelum puasa. Amboi! Maka arakian berkumandanglah takbir dan lagu-lagu raya di penghujung Sya`ban :-)

6. Puduraya/Kotaraya - di saat-saat mogok pengusaha bas di Lembah Kelang yang enggan menyediakan bas tambahan dan juga diskaun 50% tol untuk bas-bas penumpang, maka dengan ini dimaklumkan bahawa kesesakan yang luarbiasa telah melanda bak tsunami di kaunter-kaunter tiket di sana. Alahai... harap-harap la ada lagi tiket nak balik Kuantan raya ke-4 nanti... Huhuhu...


Ada banyak lagi yang menjadi realiti di depan mata kita sendiri... Fikir-fikirkanlah ya....


Mubarak Ramadhan!!!

Tiada ulasan:

Rilex...