08 September 2008

Muhasabah Ramadhan 10 Pertama


Alhamdulillah, syukur la kerana kita dah menghampiri 10 pertama 'kursus' intensif umat Islam dalam bulan Ramadhan ini. Acapkali di dalam tazkirah mahupun kuliyah-kuliyah subuh di surau dan masjid seluruh Lembah Kelang ini mengingatkan kita agar meningkatkan kualiti puasa kita sepanjang 'berkursus dengan Allah s.w.t'.


Sememangnya hakikat hari ini (akhir zaman) kita dah semakin melupai akan erti sebenar puasa kita... Acapkali kita memikirkan zahiriah puasa semata-mata, dan hanya mengambil tahu tidak sampai 1% pun batiniah as-shiamu Ramadhan.


Dugaan demi cabaran ku hadapi sepanjang Ramadhan kali ini. Dan ku harap (andai) aku tak dapat lagi berjumpa Ramadhan mendatang, sekurang-kurangnya biarlah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik pernah aku lalui sepanjang aku di rantauan orang.


Bila mengingatkan akan firman; Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati... terasa amat gerun rasanya hati ini. Bukan kerana aku takutkan mati - setiap orang pasti akan merasai mati. Tapi seharusnya kita memikirkan kesudahan kita selepas pindah 'ke rumah barzakh' nanti. Moga Ramadhan ini memberi seribu makna dan dapat melahirkan secebis keinsafan dalam jiwaku... Amin...

Tiada ulasan:

Rilex...