10 September 2008

Selamat Datang Fasa Maghfirah


Fasa Rahmat telahpun melabuhkan tirainya semalam (malam ke 10) dan kini kita akan memasuki fasa Maghfirah; Keampunan. Fasa di mana sepanjang 11-20 Ramadhan ini telah mengukir sirah yang telah kita sedia maklum. Iaitu 17 Ramadhan - nuzul al-Qur`an, Peperangan Badar al-Kubra, dan lain-lain. Dikatakan juga 17 Ramadhan itu lah malam Lailah al-Qadr khas buat Junjungan s.a.w.




10 hari yang berlalu; terasa begitu cepat masa pergi. kurang 20 hari lagi kita akan terpaksa melepaskan Ramadhan yang dirindui. Adakah ruang hayat bagi kita teruskan agar dapat bersua lagi Ramadhan yang akan datang? Mungkinkah kita dapat menyudahkan Ramadhan sedia ada?




Moga 1429 ini melakar sejarah dalam perjalanan Ramadhan tahun ini, Amin!

Tiada ulasan:

Rilex...