11 September 2008

Tempat Rehat Yang Abadi



Berkata Sayyidina Ali karamallahu wajhah; tanda-tanda taqwa itu ada 4, iaitu;


1. al-Khauf minal Jalil (takutkan Allah rabbul Jalil) iaitu melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya


2. al-`Amal bi at-Tanzil (beramal dengan apa yang diturunkanNya - al-Quran. Iaitu melaksanakan isi kandungan al-Quran meliputi syari`ah, ibadah, mu`amalah, munakahat, dan jinayat


3. Qana`ah bi al-Qalil (merasa cukup dengan apa yang ada walaupun sedikit) Iaitu mengamalkan sifat wasatiyyah dan zuhd dengan apa yang telah Allah rezekikan dan sentiasa melafazkan rasa syukur kepadaNya

4. Isti`daat al Yaum ar-Rahil (sentiasa bersedia untuk berpindah-ke kampung barzakh) Iaitu mengingati mati! Kerana sebenarnya dengan mengingati mati maka tamadun insani sentiasa terjana ke arah kemajuan tanpa melupakan akhirat - itu pun jika memahami konsep dan falsafahnya

Tiada ulasan:

Rilex...