19 September 2008

Modul Terakhir untuk Ramadhan 1429H

Gamitan Syawal semakin terasa... Menyaksikan 10 hari terakhir yang bakal kita lalui di Ramadhan kali ini bakal melabuhkan tirainya. Ramadhan, bulan kerinduan bagi hambaNya yang mendamba kasih dan sayangNya.

Gamitan malam 7 likur, menyaksikan 'kehilangan' sebahagian di antara para jemaah tarawih di surau-surau dan masjid-masjid. Gamitan perantau untuk kembali ke kampung halaman, merayakan Lebaran bersama keluarga insan tersayang. Gamitan janji Allah untuk lailah al-Qadr buat abid yang uzlah dan i`tikaf.

Fasa yang bakal mengakhirkan kursus intensif anjuran 'direct' dari Rabbul Jalil. Moga kita diketemukan dengan malam kemuliaan yang hadirnya pada bila-bila masa di malam-malam yang ganjil; termasuklah malam Aidilfitri.

Gema Mubarak meraikan kedatangan Syawal semakin terasa... Menebalkan lagi rasa rinduku kepada keluarga nun jauh di mata. Maafkanlah anakanda kerana tidak dapat lagi meraikan Lebaran bersama...

Tiada ulasan:

Rilex...