17 September 2008

Semurni Ramadhan Seindah Lebaran: Catatan 1


Hari ni dah 17 hari kita puasa, bermakna kurang 13 hari lagi kita akan mengakhiri "kursus intensif" anjuran Allah s.w.t untuk kembali kepada fitrah. Dan juga tidak berapa lama lagi fasa kedua Ramadhan ini akan berlalu dan kita akan meneruskan kursus ini ke fasa terakhir.


Fasa kedua ini dugaannya amat berat sekali. Berbanding fasa pertama dahulu di mana kita cuba untuk membiasakan diri dengan suasana yang cuma dapat dirasai sekali dalam setahun. Fasa kedua juga menyaksikan penyusutan jemaah di surau dan masjid di dalam keghairahan menuju Lebaran.


Berakhirnya fasa kedua nanti menyaksikan kesedihan hati ini meninggalkan kursus anjuran 'direct' oleh Allah s.w.t. Patutlah abid dan hambaNya merindui agar Allah menjadikan Ramadhan sepanjang tahun! Terasa benar yang diri ini masih lagi dalam kekurangan di dalam menuju kepada fitrah insani. Apalah maknanya Syawal bila hati masih tidak suci sepanjang Ramadhan? Sebagai manusia aku adalah insan yang lemah dan hanya mengharap keampunan Allah. Sekurang-kurangnya Ramadhan kali ini aku telah pun cuba sedaya upayaku agar lebih baik dari yang lalu dan moga Dia menemukan aku dengan Ramadhan yang akan datang.


Ketetapan Allah; yang berlalu tetap kan berlalu serta yang akan datang tetap akan ditempuh. Ku merindui kehadiran Syawal untuk menziarahi pusara PakNgah aku yang banyak membantu aku sekeluarga dalam menuju redha Allah! al-Faatihah buat Allahyarham Tn. Hj. Morni bin Kelalek yang telah meninggalkan kami sejak 1422/2002 yang lalu. 7 tahun berlalu dan untuk sekian kalinya aku tak dapat menziarahi pusaranya kerana menyambut Lebaran di rantauan.


Keluargaku yang jauh di mata, tetap di hati. Ampun dan maaf aku pohonkan.


Tiada ulasan:

Rilex...