29 September 2008

Salam Aidilfitri












Ramadhan yang berlalu
Syawal yang menusuk kalbu
Terkenang daku ayah dan ibu
Nun jauh beribu batu

Aidilfitri yang bertamu
Ukhuwah yang lama terbina
Terasa benar jurangnya
Antara kawan, teman dan rakan


Terasa benar Syawalku kali ini
Adakah aku yang tak mengerti
Untuk menjaga persahabatan ini
Atau mereka sendiri
Yang mahu persahabatan itu berlalu pergi?

Dunia yang sepi
Kawan bukan lagi kawan
Lawan bukan juga lawan
Tatkala aku sendirian
Hanya Dia sahaja penemanku
Membuatku bermuhasabah diri
Mengenang kekurangan diri
Memohon ampunan bagi mereka yang ku kenali
Selama hidup ini


Aidilfitri yang bertamu
Mengimbau kenangan lalu
Indahnya erti sebuah hubungan kekeluargaan
Manisnya makna persahabatan
Luhurnya sebuah kemaafan
Moga Lebaran kali ini
Membawa seribu erti
Buatku yang jauh di rantauan orang

Kuinsafi diri
Seorang musafir kenangan
Menumpang di bumi Illahi...

Salam kemaafan dan aidilfitri
Buat mereka yang mengenali diri ini...

Tiada ulasan:

Rilex...