07 Ogos 2009

Syaaban Menggamit Ramadhan


Genaplah 1430h ini usiaku menjangkau 28 tahun. Syaaban datang lagi, menggamit kerinduan terhadap Ramadhan yang bakal bertamu. Waktu-waktu beginilah biasanya kita pasti teringatkan insan dan kenalan yang kita sayangi yang telah pun mendahului kita bertemu Illahi.

Gamitan Syaaban yang kian saban hari meninggalkan 1430h untuk memberi ruang "kekasih" umat Muhammad s.a.w bertamu dengan 1000 keberkatan, rahmat, maghfirah dan penuh insaf dan syukur. Insya Allah...

namun perlu juga kita insafi kata-kata ust. Asri sebelum beliau pergi selama-lamanya: "perbanyakkan lah amalan kerana belum tentu ramadhan kali ini kita dapat bersua"

moga Allah memberi rahmat di sebalik apa yang sedang berlaku ketika ini



Tiada ulasan:

Rilex...