14 Ogos 2009

Takziah buat Keluarga Ust. Asri & Rabbani

aku mula mengenali Nada Murni melalui album Munajat nya ketika aku di tingkatan 1 lagi (1994). dari situ aku juga mengikuti perkembangan demi perkembangan tambahan ketika itu Nazrey dan Raihan mengejutkan pentas seni Malaysia dengan penerimaan masyarakat terhadap lagu-lagu dakwah.

pemergian Ust Asri tentunya amat berkesan terutama di hati peminat kerana kurang seminggu lagi Ramadhan 1430 bakal menjelang. biasanya di Ramadhan itulah rezeki para penasyid tanah air melimpah dengan rahmat Illahi jua. dan Ramadhan jualah para pencinta hiburan dakwah berpeluang beramah mesra dengan mereka. tentunya mereka biasanya akan membuat majlis buka puasa di samping tazkirah dan tarawih sekali di hotel Singgahsana PJ kan?

semoga semangat perjuangan arwah Ust tidak akan padam dan juga impianku melihat NadaMurni (Raihan, Hijjaz, Rabbani) bergabung dalam satu album akan tercapai.

al-Faatihah!

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

= petikan blog http://asrirabbani.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Rilex...