07 September 2009

Ramadhan yang terus berlalu.... Layakkah aku?

Fasa pertama dah berlalu
Fasa kedua pulak dah di penghujung
Fasa ke tiga bakal bertamu

Meniti tahun-tahun Hijri pula, 1430 bakal meninggalkan kita beberapa bulan sahaja lagi. Sedang usia kita tiada siapa yang mengetahui bilakah sampai masanya kita nanti...

Justeru tatkala mengenang usia yang tidak berpenghujung pengiraan pangkalnya, aku sering bertanya dengan diriku; adakah peluang untukku memperbaiki diriku di Ramadhan mendatang? Sempat lagi kah aku untuk bertemu insan yang sekian lama aku mencari: iaitu teman-teman seperjuangan yang lama dahulu, di sekolah mahupun di universiti. Mungkinkah pencarian aku selama ini - dalam mencari cinta hakiki akan beroleh kejayaannya sementara mata ini masih terbuka?

Hanya Allah swt yang maha mengetahui & maha berkuasa menentukan sesuatu dengan kehendak dan iradatNya.

Yang akan berlalu kan terus berlalu, tiada siapa yang mampu mengundur masa yang telah kita lalui. Justeru apa yang penting ialah untuk menghadapi sesuatu yang tak pasti di masa hadapan dengan harapan, doa dan tawakkal agar peluang Ramadhan 1431 dapat ku hirup udaranya.


Hari Raya hanya bagi mereka yang benar-benar taqwanya ketika menempuh madrasah Ramadhan. Layakkah aku meraikan bersama?


Tiada ulasan:

Rilex...