10 Disember 2009

Marhaban Hijri 1431

sedar tak sedar, beberapa hari lagi Dzulhijjah bakal meninggalkan kita. bermakna satu lembaran baru di tahun baru bakal bermula. 1430 menggamit sayup di kehujungan usianya, menyaksikan pahala dan dosa yang sentiasa bergaul rata. kekadang tanpa sedar kita pun dah tak pasti samada yang berat ada di kanan atau di kiri. yang pasti masa yang pergi tidak akan berpatah balik lagi.

yang pergi, yang datang. yang pasti usia kita semakin bertambah. amal kita plak macamana erk? aku sendiri pun dah tak tau nak azam apa lagi cuma aku harapkan blog aku yang satu lagi disinggahi oleh kawan-kawan yang pernah bersama suatu ketika dahulu, di SMKAM batch 1994-1999.

menulis bukan untuk nama, tetapi semoga muhasabah ini menjadi pembela diri di sana nanti;

NUN DI SANA CITA-CITA KITA
YA AKHIRAT NAMANYA
DI DUNIA INI HANYA SEKETIKA
DI SINI HANYA SEBENTAR TIDAK KEKAL...

...BISIKAN KU UNTUK-MU
MUNAJATKU MEMOHON RESTU
SEMOGA CINTAKU BUKAN PALSU
PADA DESIRAN PENUH SYAHDU
GELOMBANG LAUTAN RINDUKU

Tiada ulasan:

Rilex...