26 Ogos 2010

Penilaian Hati

IKHLAS kah kita apabila mengakui diri sendiri bahawa "sesungguhnya aku adalah ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab" yang diamanahkan? Tak macam masuk bakul angkat sendiri ke?

TERBELA kah kita apabila kita dengan penuh dendam membalas kejahatan yang telah orang lain lakukan terhadap kita? Tidakkah kita sedar elok-elok aje pahala orang tu kita dapat, tiba-tiba dengan pahala kita sekali kita return kat orang yang dibalas?

Lagi satu tanpa disedari, tindakan membalas dendam sebegini hanya mengundangkan diri kita mendedahkan pekung kita yang sebenarnya. Keaiban yang selama ini kita sedaya mungkin cuba untuk disembunyikan. Akhirnya "pekung" itu menjadi tatapan, bualan & ketawaan orang di sekeliling kita. Kononnya kita ialah "kakitangan berintergriti", "sedia menerima pendapat orang lain" atau pelbagai pengakuan kelakar yang hanya menggelikan hati bagi orang yang mengenali diri kita yang sebenarnya. Kejelekan yang tidak akan dapat ditutup sekalipun kita mengakui (dengan bangganya) telah lebih sekali mengunjungi Baitullah al-Haram! (adakah lagi tanda haji mabrur itu, atau sudah bertukar kepada haji mardhud!)

Dalam hidup ini; hanya orang lain yang mampu/boleh mengenali siapa kita yang sebenarnya. Kerana orang disekeliling kita adalah cermin diri kita - pakar psikologi. Buat lah apa jua pengakuan. Nak mengaku;

AKU IKHLAS
AKU THE BEST
AKU OPEN MINDED
AKU BERINTERGRITI
dan entah hapa-hapa lagi

...semuanya akan dinilai oleh orang di sekeliling kita. Kita tidak mungkin boleh menilai diri sendiri selagi konsep muhasabah tidak difahami dan tidak dipraktikkan dengan sebaiknya - mengikut lunas-lunas kehambaan. Kerana mereka lah (yang berada di sekeliling kita) sebenarnya lebih mengenali siapa diri kita sebenarnya. Samada benar apa yang telah kita lafazkan, lakukan mahupun mengaku, atau sekadar mahu menjadi bahan lelucon dan (mungkin menjadi) semakan/siasatan (perundangan oleh) pihak atasan.

Hidup ini memang sungguh singkat. Tuduhan yang mengaibkan aku tidak akan aku balas. Kerana aku tahu apa yang aku dah lakukan. Secara logik aqli jika aku ingin menjatuhkan seseorang, rasanya aku tidak perlu meletakkan diriku sebagai "X-Staff" untuk menjatuhkan orang lain kerana status sedemikian hanya menyukarkan untuk aku memperoleh bukti untuk didedahkan kepada pihak berkuasa/atasan.

Semoga Ramadhan 1431 ini adalah yang kesekian kali aku berpuasa di tempat seperti ini. Kerana kesumat yang membusuk di hati menyebabkan aku rela dan sanggup beralah demi meneruskan pencarianku dalam maghrifah an-nafsi. Bukan kerana aku membenci tetapi kerana aku dibenci!

Wallahu Ta'ala 'Alam

Mubarak ya Kariim!!!

Tiada ulasan:

Rilex...