26 Ogos 2011

Hari Raya Ini...

Cuacana di KL (sekitar 26-30 Ogos 2011)

Ramalan Cuacana KL hari ini dijangka banjir dengan kenderaan yg nk kluar dari KL, ditambah dengan banjir pengimarahan di Jalan TAR & Masjid India bagi persiapan akhir menjelang Lebaran. Turut dijangka banjir adalah di KLIA, LCCT juga hentian-hentian bas utama. (wahai perantau-perantau di kota, pulanglah ke desa berhari raya.... lalalala)


Pejabat aku pulak buat masa nie semakin lengang... tetapi kadar kebanjiran kenderaan sekitar ibukota pastinya bertambah sesak dan padat.

Aku dan Aidilfitri 1432 ini

Buat pertama kalinya aku akan beraya di tempat baru. 2011 ni nampaknya kebanyakan yang aku lalui adalah baru... Pejabat tempat bertugas baru. Suasana Ramadhan yang baru, juga beraya di tempat baru - bukan di tempat kelahiranku tetapi di tempat/tapak yang baru... naik FireFly buat pertama kalinya dari KUL-SBY.. :-D


Terasa benar Aidilfitri ku kali ini agak hambar sambutannya. Namun aku tak kisah, janji aku dapat balik kampung - nak jumpa mak bapak aku. Tu je yang penting...


Persiapan?

Hanya ala kadar sahaja. Rancangan bila balik nie pula? Tahla... Just wait n see je la... Biasanya planning akan jadi ad-hoc/on-the-spot plan... Namun apapun bajed tetap mengatasi segalanya...


Kad Raya


Tahun nie aku tak banyak sending kad Raya kat kawan-kawan. Entahlah, semacam semangat berpuasa mengatasi keghairahan untuk berhari raya. Kepada kawan-kawan semua yang biasanya terima kad raya, maafkan teman... Tahun nie teman tak dapat nak send bingkisan Lebaran. Semoga kawan-kawan yang terbaca blog ini menerima seadanya ucapan ini:


Salam Kemaafan di Aidilfitri

Dari Pojie buat yang mengenali diri...


Ukhuwah


Mulanya aku guna medium MySpace untuk mengeratkan hubungan yang dah lama terputus... namun tiada respon yang memberangsangkan. Lastly im trying using Facebook atau "muka buku". Alhamdulillah! Kejap jer aku dapat menjalinkan semula hubungan yang dah terputus sejak 1999 yang lalu - kawan-kawan dan guru-guru SMKAM. Tak ketinggalan juga kawan2 time sekolah rendah di Lambir dulu... Syahdunya...


Tak sangka ramai yang dah berkerjaya, dan tentunya paling best dah ada at least 2 cahaya mata. Semoga ikatan persahabatan yang telah terputus sekian lama dapat bertaut kembali...


Akhirnya, selamat balik kampung buat rakan sekerja ku di Semenanjung.

Selamat Berhari Raya buat semua buddies aku di laman sosial & twitter

Salam kemaafan atas apa jua yang telah kita lalui bersama


Kuala Lumpur

26 Ramadhan
1432
0815am


Tiada ulasan:

Rilex...