06 Ogos 2011

Bila Ku Fikirkan...


Bila aku kenangkan apa yang dah berlaku ke atasku sepanjang tempoh 2011 ini cukup amat memeritkan aku. Tambahan kalau aku terlalu memikirkannya, menambahkan sakit lagi hati yang sedang terluka ini.

"Bila tebu ditanam di bibir insani, ungkapannya menjadi lebih indah lantaran tebu yang tertanam melindungi bibir yang hakikatnya sedang bermain bersama kepalsuan hati yang kononnya ikhlas".

Sejak awal tahun lagi aku amat terasa perubahannya. Peliknya bila seseorang yang memasuki alam pencarian nafkah kendiri mampu untuk menuturkan sesuatu yang seindah pelangi dari bayangan. Indah khabar dari rupa!

Sebelum aku mengenalinya pun aku dah sedia susah. Bak kata orang "kerana sayang kita akan sanggup untuk lakukan apa sahaja; korbankan diri untuk kesenangan orang lain". Tapi apalah ertinya semua ini bila org yang kita sayangi telah senang hidupnya kini, dan kebanyakan tindakannya kini hanya untuk menidakkan apa yang telah kita curahkan sepanjang kesusahan dia dahulu?

Resam dunia ini sejak dulu lagi telah digambarkan menerusi filem Bujang Lapok.

"Dunia ini hanya palsu
Manusia berdusta

Kebanyakan suka menipu

Gemar membuat dosa"


Hakikat keduniaan kini menjadi paksi asbab cinta dan kasih sayang. Bila harta atau kepentingan telah disedut puas, maka nilai cinta dan kasih sayang itu sudah tiada nilaiannya lagi.

Tidak hairanlah istilah "touch n go", "cinta monyet", "kasanova", "money boy" dan macam-macam lagi dah hidup dan membudaya bukan saja di bibir, bahkan juga membudaya 'pengamalannya' pada setiap lapisan masyarakat. Tak kira lah dia alim ulama' ke, golongan ilmuan ke, hinggalah kepada golongan gelandangan juga tidak terkecuali.

Aku dah tak sanggup lagi memikirkan hal ini. Biarkanlah. Ada connection, ill be reply. Diam; diam ler jugak. Takkan nak jadi macam bulan rindukan pungguk?

"Menggenggam sesuatu yang kita terlalu sayang ada kalanya menjadi sebab ianya terlepas, minta dilepaskan atau pergi begitu sahaja..."

Baik jadi kanak-kanak, yang masih belum mengerti akan dunia; apatah lagi erti cinta yang maha menyakitkan.


6 Ramadhan 1432
Sebelum Zohor @ office di Kota Metropolitan KL

Tiada ulasan:

Rilex...