27 November 2011

Tahun Baru 1433

Ahlan wa sahlan 1433!


Seperti yang standardnya; cepat benar masa berlalu... Ya! Menjelang 1433 nie, syukur ku panjatkan pada Illahi kerana dapat lagi menghirup udara dunia yang fana ini. Semoga 1432 yang lalu dapat menjadi iktibar serta kaffarah yang aku lalui dapat aku teladani.


Sememangnya kalau nak dikirakan terlalu banyak perkara yang aku alami. Memang benar kata hukama'; manusia itu amat mudah untuk jatuh. Namun untuk bangkit semula suatu penghijrahan yang amat memeritkan.


Pun begitu, Alhamdulillah kerana 1432 banyak meninggalkan kenangan yang manis dan juga teladan yang pahit yang menjadi lumrah insani untuk mengharunginya. Kata orang; hidup ini bukanlah boleh dikatakan sebagai sebuah kehidupan jika tiada masalah melanda. Sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan langit tak selalunya cerah, sedangkan angin tidak selamanya bertiup nyaman sepanjang masa. Roda yang berputar; adakalanya ke bawah, ada kalanya ke atas.


Genap jugalah setahun aku mengakauni "muka buku". Kalau bukan kerana izin-Nya, dah tentu selamanya aku takkan menyambung semula silaturrahim dengan kawan-kawan dan juga para pendidik sewaktu di SMKAM dulu. Ahlamdulillah!


Semoga 1433 ini dapat ku harungi dengan lebih matang lagi. Sementelah menjelangnya Syaaban nanti, genaplah usiaku 31 tahun.


Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idz hadaitana wahablana milladunka rahmah, innaka antal wahhab!

Tiada ulasan:

Rilex...