31 Disember 2011

Aku, Persahabatan & 2011

Standard words: cepatnya masa berlalu.

2011 banyak mengajar aku dunia sosial dan bermasyarakat. Bermula dengan 'pemulauan' keilmuan, jemaah kepartian, roh persahabatan, kekeluargaan dan segala yang setiap manusia (wajib) pernah melaluinya.

'Pencarian' ini tetap tiada noktahnya.

2011 banyak menjurus tentang persahabatan dan roh yang ada di dalamnya. Mengenal memperguna dan dipergunakan, ikatan lebih ke arah hubungan kelompok dan hanya di waktu bertugas semata, senior dan junior;

Langsung berbeza dengan dulunya: persahabatan berlandaskan penyatuan hati dan perasaan. Di mana saling menbantu, menyelami dan memahami tidak mengira bos atau staff, saling membantu untuk meningkatkan akauntabiliti diri, serta saling bertanya dan membantu tanpa sedar 'darjat' gred yang berlainan.

'Kawan' yang dijalinkan juga lebih kepada "tiada geng lain dah", bahkan lebih terikat hanya di masa 'sukar' sahaja. 'Penaburan' hanya lebih berkiblatkan individu semata.

Bantu-membantu hanya berlaku untuk memudahkan urusan (KPI) sendiri semata-mata. Tanpa memikirkan 'perbezaan' itu, kekadang kita tetap juga menghulur tangan menadah ikhlas demi menjaga reputasi dan tidak di-cop anti sosial!. Hakikatnya, kesempatan terbaik telah dipergunakan. Tanpa menilai hati dan perasaan orang lain.

Hakikatnya, kita tidak pernah mahu berada dalam/sebagai diri orang tersebut. Tidak pernah mahu untuk selami apakah perasaan dan hatinya sekiranya kita yang diarah, atau ditujukan kata-kata yang ingin kita lontarkan/lakukan itu. Kita tidak pernah mahu menjadi sepertinya, kerana nilai individualistik terlalu menebal dalam diri!

2012 bakal menjenguk mentarinya (sebab kan ianya tahun masehi - perkiraan mentari). Yang pastinya apa yang sudah terjadi tetap akan berlalu, dan apa yang akan dihadapi tetap akan ditempuhi. Fitrah azali ini telah ditentukan rabbi, tetap akan terjadi. Semoga kekuatan-Nya tetap bersama denganku dalam menempuh liku perjalanan hidup ini; yang bermatlamatkan penghujungnya - yaum as-sa'ah!

Selamat menyambut 2012 dengan penuh muzakarah & muhasabah diri. Insya Allah!

2 ulasan:

Acik fosilmitra berkata...

Assalamu'alaikum wbt sdr fauziey.. Sahabat yg baik takkan membenarkan sahabatnya menjadi kurang baik dari dirinya... Maafkan acik kiranya terlalu lama membiarkan persahabatan kita tergantung tanpa tali silaturahim...

Wassalam.

Pojie 82 berkata...

Insya Allah. Kawan tidak semestinya sahabat. Tetapi sahabat adalah kawan. Nilai persahabatan lebih besar dari nilai kawan. Kerana kalau kawan, susah sendiri senang dikongsi. Tetapi sahabat, susah senang dikongsi bersama...

Rilex...