30 September 2008

Gema Mubarak kembali Gempita bagi 1429H


Ini sahajalah yang mampu aku sediakan, andai ada tamu yang sudi mengunjungi laman teduhku nanti. Sebagai anak rantau yang tidak balik beraya - untuk kali ke-3 - sudah tentu perasaanku agak kecewa dan terkilan. Pastinya aku punyai sebab kerana daripada membebani diri dan orang lain hanya kerana pembelian tiket, baik aku beraya di sini sahaja.

Malam tadi berlangsungnya terawih yang terakhir bagi Ramadhan 1429 hijrah untuk tahun ini. Sayu dan syahdu di hati untuk menghabiskan setiap rakaat yang ku makmumi. Terasa semacam tidak mahu mengerjakan witir di malamnya kerana bimbang; adakah ini tarawih yang terakhir buatku? Ku berdoa agar Dia menetapkan agar hatiku sentiasa merindui Ramadhan yang akan datang...

Sekalipun Ramadhan kali ini aku telah cuba lakukan yang terbaik, tetapi ku rasa masih belum mampu menaiki tingkat khusus bagi golongan yang berpuasa. Terasa benar kesedihan tatkala Syawal bakal melabuhkan tirainya petang ini, maka tamatlah sudah kursus intensif kita yang telah dikelolakan oleh Yang Maha Esa melalui Ramadhannya.

Ramadhan...
Yang dirindui telah pun berlalu pergi

Syawal,,,
Yang dinanti hanya bagi mensyukuri

Salam mubarak, jumpa lagi di Syawal nanti ya...
Pojie pohon ribuan ampunan dan kemaafan di atas segala salah dan silap Pojie.
Moga persahabatan yang terputus dapat disambung kembali...

Rilex...