Syawal paling sunyi pernah aku lalui di rantau orang. Kesempatan cuti panjang diambil oleh warga kota untuk balik ke kampung halaman. Aidilfitri kali ini merupakan Lebaran yang ke-3 aku meraikan di rantauan.
Namun aku tetap mensyukuri kehadiran Syawal kali ini kerana ada juga teman-teman yang memang berasal dari KL ni yang tak balik. Bolahla aku ziarah sambil bermaafan, makan lemang sampai jenuh perut aku mau menerimanya. huhuhu...
1 Syawal; Alhamdulillah, sempat juga aku ambil peluang untuk mengalunkan takbir di METBA tempat aku tinggal. Abis jer solat Aidilfitri, aku ziarah jiran dan kawan sepejabat aku.
2 Syawal; waktu aku ke surau kat area perumahan aku untuk solat Isya berjamaah, sesuatu yang tak pernah terlintas di hati bila satu khabaran mengatakan, sebuah masjid yang melaksanakan solat Jumaat di kawasan berdekatan kosong sejak Asar lagi sampai la Isya malamnya. Fuyooh! Apalah nak jadi ngan kita nie kan? huhuhu...
...insya Allah bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan