03 Oktober 2008

Semurni Ramadhan Seindah Lebaran: Catatan 2 part 2

Inilah view Pojie pada jam 7 pg 1 Syawal yang lalu.

Bila mengenang kembali Ramadhan yang dah berlalu, terasa benar kekurangan diri dalam mencari barokah Ramadhan. Masih ada lagi kelemahan yang dapat dirasai, cuma mengharapkan agar Dia memberi kesempatan untuk Pojie bertemu Ramadhan akan datang.

Syahdu takbir bergema di corong radio selepas selesai berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan. Tanpa sedar, menitis airmata ini tatkala sedang menjamah juadah berbuka. Sayup dan syahdu gema takbir, mengingatkan Pojie tentang keluarga, erti persahabatan, serta orang yang telah pergi menyahut panggilan Illahi.

Keluarga: kalau petang-petang raya macam ni la masanya kami riuh rendah serumah. Nak masak la, tukar sarung kusyen, hias rumah. Semuanya menjadi memori yang Pojie teringin sangat nak ulangi. Namun apakan daya kali ini nasib tidak menyebelahi Pojie. Pojie gagal mendapatkan tiket murah lebih awal dari jangkaan. Sebab telahan Pojie, sempat lagi kalau nak beli bulan April lepas... :-(

Erti persahabatan: bila Pojie kenang kembali hubungan perkenalan yang seringkali terputus di tengah jalan, Pojie terfikir; adakah Pojie yang tak reti nak jaga hati kawan? Kawan susah Pojie tak da kompromi nak hulur bantuan, sekalipun Pojie sendiri sesak. Kawan-kawan waktu di SMKAM pun dah lama tak contact. Ukhuwah terputus macam tu jer... Seolah-olah takdapapa jer... Sedih juga Pojie dengan situasi yang bagi Pojie amat memilukan hati ini. Pojie amat berharap sangat setiap kali Lebaran menjelma, agar Pojie dapat tautkan kembali persahabatan yang terputus. Pojie maafkan semua asal persahabatan dapat terjalin semula...

Al-Fatihah buat kawan-kawan Pojie yang khabarnya telah mendahului Pojie menyahut panggilan Illahi, arwah Pak Ngah, pakcik-pakcik, arwah adik Yus yang lemas (rujuk tulisan blog yang lepas-lepas) dan sesiapa jua yang Pojie kenali. Moga Allah menempatkan semuanya ke dalam golongan mereka yang diredhai Allah s.w.t.

Ramadhan, Syawal.

Dua-duanya ada kesyahduan, kenangan, kesedihan, kepiluan, kegembiraan, kesederhanaan, dan pelbagai rasa emosi. Ku berharap - andai usiaku masih panjang - agar persahabatan yang terputus dapat bertaut kembali, kemaafan dapat diungkap, kekusutan dapat dileraikan, yang keruh dapat dijernihkan...


Salam al-Mubarak!

Tiada ulasan:

Rilex...